SetelPay, aplikasi yang mudahkan kita isi minyak kenderaan tanpa perlu ke kaunter kini semakin melebarkan sayap bila menjalinkan kolaborasi bersama Siti Khadijah menerusi inisiatif Setulus Kasi bagi menyokong komuniti wanita yang memerlukan.

Ini merupakan kerjasama terkini yang mana ia dilancarkan untuk digunakan di 31 cawangan butik Siti Khadijah di seluruh negara selain daripada memperluaskan Setel Express sebagai rakan penghantar utama dengan mod pembayaran  tanpa sentuh sampailah ke khidmat penghantaran tanpa sentuh bagi jenama ini.

Kerjasama unik ni membuktikan yang jenama Siti Khadijah komited dalam memastikan pengalaman pelanggan lancar dan dalam masa yang sama sempena bulan Ramadan ini juga beban komuniti wanita yang memerlukan dapat diringankan.

Sehingga 31 Mei 2022, mana-mana pembelian di mana-mana cawangan Siti Khadijah akan didermakan sebahagian daripadanya selain daripada pengguna sendiri boleh peroleh mata ganjaran Mesra!

Cara bayar melalui SetelPay sangat mudah. Korang hanya perlu masuk ke aplikasi Setel dan pilih ikon Bayar sebelum scan kod QR yang disediakan di butik. Masukkan jumlah dan selesai!

Untuk menjejak bungkusan, korang boleh ke ikon Jejak Bungkusan di halaman lagi dan pilih ikon My Shipment. Masukkan ID penghantaran anda dan bungkusan anda boleh dijejak keberadaannya.

Mudah je kan? Setel, semua pun boleh settle la.