Korang pernah dengar tak kata-kata ‘tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia’ bagi menggambarkan betapa besarnya peranan wanita dalam masyarakat?

Bagi menghargai jasa dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat, Putrajaya ada anjurkan sidang webinar percuma ‘Wanita dalam Kepimpinan: Mencapai Kesamaan Masa Hadapan dalam Dunia COVID-19’ dengan membariskan para panel terkemuka daripada pelbagai industri dan latar belakang untuk share pasal kejayaan mereka.

Dalam webinar dengan tema ‘Matlamat, Perikemanusiaan dan Inovasi’ tu memang banyak perbincangan tentang pentingnya peranan wanita masa kemuncak pandemik ini.

Panel-panel ni bukan orang biasa-biasa tau. Sebagai contoh, panel utama dia Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings sendiri, Dato’ Hashimah Hashim yang merupakan wanita pertama terajui syarikat tersebut.

Diikuti dengan Datuk Dr Hartini Zainudin (Pengasas Yayasan Chow Kit), Sasibai Kimis (Pengasas Earth Heir), John-Son Oei (Pengasas Epic Collective), Siti Kamariah (CEO Wanita Berdaya Selangor) dan Raja Jesrina Raja Arshad (Pengasas bersama Purely B).

Hebat bukan?

Sentiasa komited membangunkan wanita, keluarga dan komuniti, Putrajaya Holdings juga ada jalinkan kerjasama dengan Projek KITA yang mana fokusnya adalah untuk terus cipta inovasi bagi membina sebuah bandar yang mana masyarakat boleh hidup, bekerja, belajar dan membangun di tempat tinggal sendiri.

Kalau korang berminat nak tahu pasal kempen ni atau apa lagi projek dorang, korang boleh je cekidut je FB-FB dekat bawah ni okey?

  1. Projek KITA
  2. Putrajaya Holdings

Kalau nak tahu pasal kempen-kempen best dari Putrajaya Holdings, jangan lupa stay tuned gais!