Mana lengkap open house raya kalau tanpa hidangan lemang kan? Rasa lemak, manis dan masin pulut menyebabkan lemang menjadi juadah yang sangat enak walaupun dimakan kosong.
Tapi risau juga kan order lemang lepas tu dalam dia tak masak. Tengok jelah sampai ada kes pelanggan mengamuk disebabkan terbeli lemang yang tak masak sepenuhnya.
Kalau korang nak jimat dan elakkan perkara ni jadi, maybe korang boleh try untuk buat lemang sendiri di rumah? Tak perlu bakar, cuma kukus je!
Dengar macam mudah kan? Haa jom tengok sharing Cef Sue ni.
Bahan-bahan:
- 1/2 kg beras pulut – cuci dan tos
- 600ml santan pekat
- 1 sudu teh garam halus
- 5-6 biji cawan kertas (saiz tinggi)
- Daun pisang secukupnya
Cara penyediaan:
- Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas.
- Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
- Campurkan dulu santan dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut dalam lebih kurang setengah inci. Kalau suka lemang tu lembik sikit boleh lebihkan santan.
- Letakkan cawan kertas tadi ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
- Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit kukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan serap sepenuhnya ke bahagian bawah.
- Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa nak tebal mana. Siap untuk dihidang!
Kredit resepi dan gambar: Facebook Sue M Arukin