Percaya atau pun tidak yang setiap bulan penceraian ketika usia senja semakin meningkat di Malaysia?

Seorang peguam syarie, Atikah Rashid mendedahkan pengalamannya mengendalikan kes penceraian pasangan, faktor penyebab isteri meminta penceraian adalah berpunca daripada si isteri yang menunggu anak-anak membesar terlebih dahulu.

Tidak mahu mengganggu mental dan emosi anak-anak yang masih kecil, si isteri terpaksa memendam rasa biarpun sudah lama tahu mengenai perangai si suami. Demi anak-anak. 

Tambah Atikah lagi, salah satu punca lain ialah kerana isteri berpoligami tanpa pengetahuan atau kebenaran. Selepas merasakan kewangan mula stabil dan mempunyai masa lapang selepas bersara atau berusia, suami akan mula ada keinginan untuk berpoligami.

Namun, si isteri pula tidak mahu berpoligami kerana sudah tua. Ada juga isteri yang sudah tak larat nak layan batin suaminya. “Jadi, mohonlah cerai di mahkamah daripada serabut mengenai poligami.”

Betul juga kan, daripada serabut dengan masalah rumah tangga baiklah fokus pada ibadah. 

Bagaimana, korang setuju ke tak dengan kenyataan ini?

Sumber: Twitter @Atikah10490

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit: Joshua Hoehne via unsplash.com