Masih ingat lagi tak kisah yang mana seorang wanita UK yang dikenali sebagai Brocarde yang dilaporkan berkahwin dengan roh seorang tentera, Edwardo tahun lepas?

Kalau korang nak tahu, setahun selepas perkahwinan tersebut berlangsung pasangan tersebut dikatakan sudah berpisah. Ini didedahkan sendiri oleh wanita tersebut yang menjelaskan gangguan mistik menjadi punca perpisahan mereka.

Kata beliau, ‘suaminya’ tiba-tiba bertukar menjadi sangat agresif dan sering menghantui hidupnya dengan bunyi teriakan bayi. Jadi, beliau membuat kesimpulan satu-satunya cara untuk menyingkirkan gangguan tersebut adalah dengan menyingkirkan ‘suaminya’ daripada hidupnya.

Kredit:  Brocarde @ Instagram

Beliau kemudiannya menjalani proses ‘perceraian’ di tempat gereja mereka berkahwin dan selepas beberapa jam, wanita tersebut mendakwa dirinya terasa ringan. Seolah-olah terlepas daripada cengkaman roh jahat itu.

Brocarde juga pernah mendedahkan semasa bulan madu mereka, Edwardo telah minum arak terlampau banyak dan menyuruhnya untuk membayar segala bil mereka. Malah tiga bulan selepas perkahwinan, suaminya juga pernah curang! 

Kredit gambar utama: Brocarde @ Instagram