Comelnya! Koleksi terbaharu dari anothersole, hasil gabungan dengan Sanrio ini bukan hanya untuk peminat Hello Kitty, tetapi juga semua yang mencari item pelengkap gaya kontemporari seharian. 

Koleksi ‘Forever Hello Kitty’ ini menampilkan reka bentuk baharu untuk produk-produk kegemaran ramai anothersole termasuk 247 sneakers, Anytime flats, sandals, dan ANEW Mini Bag yang chic. Koleksi ini dihiasi elemen-elemen yang sinonim dengan Hello Kitty seperti reben serta skema warna seperti krim, merah jambu pastel dan merah terang. Paling menyerlah adalah penggunaan karakter Hello Kitty sebagai ilustrasi di atas tali kasut satin Anytime flats.

Gabungan unik anothersole dengan Sanrio ini bukan hanya menghasilkan koleksi stylish pelengkap gaya, tetapi juga sebagai utusan cinta pada mereka yang mencari keselesaan dengan sentuhan daya penarik Hello Kitty yang timeless.  

Menurut founder anothersole, Benny Chee, Koleksi ini memberi penghormatan kepada peminat Hello Kitty yang telah membesar tetapi masih punya tempat yang istimewa di hati mereka untuk watak yang dicintai ini.

Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian atau daripada butik anothersole di The Exchange TRX yang dihias khas dengan tema Hello Kitty. Selain itu, anothersole juga memperkenalkan filter khas untuk pengguna Instagram yang menerapkan elemen-elemen dari koleksi Forever Hello Kitty. Ini bertujuan  meningkatkan lagi kesedaran umum mengenai anothersolexSanrio dan menggalakkan pengguna berkongsi pengalaman unik mereka. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian untuk koleksi Forever Hello Kitty, layari  https://intl.anothersole.com/