Bila ada anak kecil di rumah, jadual harian automatik berubah. Kalau dulu banyak masa untuk keluar berdua, sekarang bertiga, berempat atau hanya duduk sahaja dirumah. Tapi sekarang parents ada pilihan untuk berdating tanpa risau tinggal anak kat rumah. Hanya perlu panggil babysitter untuk bantu urus anak. Nak dating sampai malam pun tenteram jiwa bila ada pengasuh yang trusted jaga si kecil.

Untung parents sekarang ada perkhidmatan mengasuh dan menjaga anak macam Kiddocare. Boleh book trusted babysitter guna aplikasi Kiddocare.

Terbaharu, platform perintis perkhidmatan asuhan dan penjagaan berdasarkan permintaan di Malaysia ni dapat suntikan dana dari Artem Ventures, Gobi Partners, MSW Ventures Asia Fund X dan ScaleUp Malaysia. Penglibatan Gobi Partners menerusi Gobi Dana Impak Fund (GDIV) yang disokong oleh Khazanah Nasional Bhd menyerlahkan peranan penting dalam memberi impak dan masa hadapan Kiddocare yang gemilang dalam ekonomi Malaysia. 

Dengan dana bahru ini, Kiddocare kini bersedia untuk pecutan pertumbuhan dan lonjakan dalam inovasi. Pelaburan ini akan digunakan untuk mengembangkan lagi platform yang ada untuk mencapai sasaran audiens yang lebih luas,dan mencipta peluang baharu untuk golongan wanita, bukan sahaja dalam sektor penjagaan tetapi juga merentasi pelbagai sektor.

Kiddocare diasaskan pada 2019 dan ia adalah sebuah platform perkhidmatan berteraskan kanak-kanak yang menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh yang menjalani saringan latar belakang dan sedia untuk berkhidmat berdasarkan pilihan masa dan lokasi pengguna. Pengasuh ini menjalani saringan dan latihan berdasarkan protokol Kiddocare yang ketat sebelum menyertai platform tersebut. Sebuah pasukan khidmat pelanggan yang khusus menguruskan setiap tempahan dan memberikan kemas kini secara masa nyata bagi menjamin keselamatan pengguna.

Di samping itu, Kiddocare memudahkan proses tempahan menerusi aplikasi mesra penggunanya, yang kini tersedia untuk pengguna di Wilayah Lembah Klang dan daerah seperti Seremban dan Johor Bahru, dan akan berkembang ke seluruh negara dalam masa terdekat. Platform ini pada umumnya membantu memenuhi keperluan golongan ibu milenium di kawasan bandar, yang mempunyai kuasa beli yang besar dan memerlukan khidmat penjagaan kanak-kanak yang boleh dipercayai. 

Ibu bapa kini boleh bekerja, menikmati malam temu janji, dan berehat secukupnya dengan menyerahkan anak dalam jagaan Kiddocarer.