Kiddocare, peneraju dalam perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan di Malaysia, dengan kerjasama FWD Takaful melancarkan program “MindCare: Sokongan Kesihatan Mental Proaktif untuk Komuniti Pengasuh dan Penjaga”. Kempen ini juga mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Kerjasama ini dilaksanakan untuk mempromosi dan memperkasakan komuniti pengasuh serta penjaga yang terdiri daripada ibu bapa, jururawat, pengasuh dan lain-lain, agar mereka mempunyai tahap kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik. 

MindCare ialah platform khusus yang memberikan sokongan segera kepada golongan berkenaan. Ia akan bertindak sebagai ruang yang selamat, di mana mereka boleh mendapatkan bantuan, bimbingan, akses kepada pakar dan penilaian kesihatan mental secara percuma menggunakan program Mind Strength FWD Takaful, sebuah teknologi penjagaan kesihatan digital yang pertama dalam pasaran. 

Kempen ini berhasrat untuk menangani cabaran dan stigma yang dihadapi oleh penjaga, termasuk ibu bapa, pengasuh kanak-kanak dan penyedia khidmat penjagaan warga emas. 

Antara initipati dan pendekatan MindCare adalah melalui: 

1. Video Bual Bicara “Care To Talk”: Sesi bual bicara dihoskan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim yang menampilkan golongan profesional kesihatan mental, ibu bapa dan pengasuh. Sesi ini akan menjadi sebuah wadah perkongsian pengalaman, pandangan, dan strategi pengurusan tekanan kesejahteraan mental. Ia juga bertujuan untuk membuka mata orang ramai bahawa mereka tidak bersendirian dan dialu-alukan untuk berbicara tentang aspek kesejahteraan mental mereka. 

2. Pandangan Pakar: Video-video pendek selama seminit yang menghuraikan salah tanggapan serta pandangan dan pengalaman pakar tentang aspek kesihatan mental. Video ini mengemukakan perspektif pakar dalam menangani kebimbangan dan salah tanggapan lazim berkaitan kesihatan mental. Ia akan dipromosikan di laman mikro “MindCare” serta platform media sosial Kiddocare dan FWD Takaful.

3. Penilaian Mind Strength: Golongan penjaga termasuk ibu bapa, digalakkan untuk melakukan Penilaian Mind Strength, sebuah program penilaian ringkas dan terbukti secara saintifik di bawah program FWD Mind Strength anjuran FWD Takaful. Penilaian ini akan disusuli dengan lima sesi bimbingan minda percuma secara maya bersama ahli profesional kesihatan mental.

4. Laman Mikro MindCare: “MindCare Hub” ialah laman mikro khusus yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat, program penilaian dan pandangan pakar. Hab ini akan menjadi sumber komprehensif dan tersedia untuk ibu bapa dan pekerja jagaan yang ingin mendapatkan bimbingan dan sokongan.

5. Penganjuran Aktiviti di Peringkat Lapangan: Terdapat enam aktiviti MindCare yang menyeronokkan & menarik semasa pelancaran bagi memupuk persekitaran yang interaktif dan bersifat menyokong. Aktiviti tersebut yang mengandungi pelbagai teknik untuk melegakan tekanan akan menggalakkan aspek kesejahteraan mental dengan mengurangkan tekanan, meningkatkan daya tahan emosi, menggalakkan aspek mindfulness, meningkatkan mood, memupuk rasa cinta diri dan memberikan peserta pendekatan khusus untuk kesejahteraan mental secara menyeluruh.

Berteraskan pendekatan yang unik dan prihatin, FWD Takaful menyediakan 200 baucar perkhidmatan Kiddocare percuma untuk ibu bapa. Baucar ini membolehkan mereka untuk menikmati sesi pengasuhan anak selama dua jam secara percuma sewaktu mereka menyertai program Mind Strength FWD Takaful untuk memulihkan kesihatan mental. Sokongan begini membantu golongan ibu bapa untuk memberi tumpuan kepada aspek kesejahteraan dan perkembangan peribadi sewaktu anak-anak mereka dijaga oleh pengasuh Kiddocare yang berpengalaman.

Kerjasama antara Kiddocare dan FWD Takaful ini diharap akan memberi impak yang berkekalan kepada kehidupan ibu bapa dan komuniti penjaga lain serta orang tersayang di bawah jagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai “MindCare: Sokongan Kesihatan Mental Proaktif Untuk Komuniti Pengasuh dan Penjaga”, sila layari https://kiddocare.my/mindcare/