Apalah nasib, mengharap mahu menumpang kasih ibu tiri tapi akhirnya menjadi mangsa penderaan.

Itu nasib dua beradik, Da Bin dan Min Jun yang sudah kematian ibunya dan dibesarkan oleh ayahnya. Bila si ayah membawa pulang ‘ibu baru’ untuk mereka, bahagia mula dating. Tapi cuma sebentar sebelum episod ngeri mula mendatangi.

Ibu tiri yang tertekan terpaksa menguruskan semuanya sendiri, mula melepaskan kemarahan pada dua beradik tersebut. Daripada seorang yang penyayang, mula memaki hamun dan memukul. Si ayah tahu tetapi tidak mengendahkan perkara tersebut. 

Sehinggalah si adik, Mi Joo meninggal dunia kerana dipukul. Da Bin dituduh menjadi pembunuh atas rancangan kejam si ibu tiri. 

Pada ketika itu, peguam yang bekerja di rumah kebajikan, Jung Yeob tampil sebagai peguam bela Da Bin.

Kalau nak tahu, filem ‘My First Client’ ini merupakan kisah yang diadaptasi daripada kisah benar. Kalau nak tonton, pastikan dah ready mental dengan tisu okey. 

Sis pun emo bila tonton, geram dengan sikap tak bertanggungjawab orang dewasa yang jadikan anak-anak mangsa keadaan.