Berita baik untuk peminat lululemon! Jenama ini sekarang dah ada di The Exchange TRX. Ini merupakan kedai terbaru dan terbesar milik jenama itu di Malaysia setakat ini.
Terletak di destinasi membeli-belah yang serba baharu The Exchange TRX, interior lululemon menampilkan reka bentuk semula jadi dan mesra alam. Gabungan rotan daripada sumber tempatan serta bahan mesra alam sekitar, mewujudkan suasana damai dan tropika di keseluruhan ruangan dalamnya. Komitmen terhadap sumber mampan ini bukan sahaja meningkatkan nilai estetika, malah turut mengukuhkan hubungan dengan komuniti tempatan, mencipta ruang yang memenuhi cita rasa tetamu Malaysia.
Di bawah strategi pertumbuhan Power of Three x 2, lululemon berhasrat untuk meneruskan pengembangannya untuk meningkatkan kerelevenan dan hubungannya dengan lebih ramai lagi komuniti tempatan. Pada awal tahun ini, lululemon turut memeterai kerjasama e-dagang pertamanya di Asia dengan Lazada bagi memacu pengembangan digitalnya dan meluaskan lagi pasarannya di Malaysia dan Singapura. Dengan pembukaan kedai terbarunya di Malaysia, lululemon bersedia untuk meningkatkan lagi momentum perniagaannya di rantau Asia Pasifik.
Antara produk yang ditampilkan adalah khusus untuk aktiviti yoga, larian, latihan, dan pelbagai kategori aktiviti sukan seperti golf, tenis, dan mendaki, serta koleksi Kasual yang direka sebagai pakaian harian yang versatil. Pengunjung juga bakal menikmati peluang eksklusif untuk menerokai pelbagai produk popular yang ditawarkan, termasuk seluar dan hijab Align™ istimewa jenama itu yang direka khusus untuk wanita dan diperbuat daripada fabrik Nulu™ yang lembut.
Untuk lelaki, seluar ABC, yang diperbuat daripada fabrik Utilitech™, memberikan keselesaan sepanjang hari, kebebasan untuk bergerak, dan regangan empat hala dalam gaya kasual dan langsing.
lululemon turut membawakan dua koleksi musim cuti terbarunya iaitu Winter Whites dan Moon Bow yang terdiri daripada pakaian aktif teknikal dan pakaian lounge selesa hinggalah kepada pakaian dan aksesori yang wajib dimiliki, serta hadiah bergaya dan selesa, sesuai untuk semua acara.
Direka dengan Science of Feel, pendekatan unik lululemon terhadap inovasi melibatkan rangkaian produk jenama itu termasuk fabrik teknikal proprietari, teknik penghasilan berinovasi, dan padanan strategik serta ciri-ciri bagi memenuhi keperluan setiap pengguna dan meningkatkan kesejahteraan serta prestasi mereka.
Bagi 50 pelanggan pertama yang berkunjung ke kedai baharu lululemon setiap hari mulai 6 hingga 10 Disember 2023, dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang, mereka akan menerima botol air eksklusif lululemon yang boleh diperibadikan di premis TRX.