BloomThis mempersembahkan Koleksi Tahun Baru Cina eksklusif bermula pada 8 Januari 2024, sempena kehadiran Tahun Naga. Koleksi bermusim ini menampilkan elemen warisan tradisi dan moden yang diterapkan ke dalam rangkaian gubahan bunga, tumbuhan hiasan dan bakul hadiah yang dipilih dengan teliti dan digubah dengan penuh seni. 

Koleksi Tahun Baru Cina BloomThis menzahirkan penghayatan kegembiraan, tuah dan kemakmuran menerusi sentuhan elemen kontemporari. Setiap gubahan adalah karya tafsiran moden simbolisme Tahun Baru Cina.

Selain gubahan bunga yang menawan, BloomThis turut memperkenalkan tumbuh-tumbuhan hiasan Tahun Baru Cina yang bertuah, yang terdiri daripada orkid, buluh hiasan, pokok duit Cina dan pokok willow pussy. 

Bagi mereka yang ingin membuat kejutan kepada orang tersayang dengan hadiah yang bersifat peribadi, BloomThis menawarkan pilihan bakul hadiah istimewa sempena Tahun Baru Cina. Bakul hadiah buatan tangan ini dimuatkan dengan pelbagai jenis barangan dan ditata dengan perhiasan bertuah, menjadikan ia buah tangan yang sempurna untuk menyampaikan ucapan hangat pada musim perayaan.

Seiring dengan janji jenama BloomThis untuk mencipta detik-detik kebahagiaan buat pelanggan mereka, koleksi ini didatangkan dengan kad dan foto peribadi percuma, serta penghantaran percuma pada hari yang sama. Selain itu, pelanggan yang membeli koleksi ini akan turut menerima sampul wang BloomThis percuma (selagi stok masih ada). 

Sila kunjungi laman web laman web rasmi atau singgah ke kedai BloomThis jika anda mahu melihat gubahan dan hadiah yang indah ini dengan lebih dekat serta membuat pesanan. Jangan lepaskan peluang untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan sentuhan keanggunan bersulam tradisi menerusi hadiah-hadiah ini.