Komuniti oftalmologi di Malaysia memulakan sambutan Hari Wanita Antarabangsa dengan Forum Oftalmologi Wanita Malaysia yang pertama, bertajuk ‘Empowering Visions’. Forum anjuran Roche Malaysia Sdn Bhd itu memfokuskan kepada sumbangan wanita dalam penjagaan kesihatan, khususnya dalam bidang oftalmologi, selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa 2024 – ‘Inspiring Inclusion’. 

Menurut kajian baru-baru ini, kenaikan peratusan wanita dalam bidang oftalmologi tidak setara dengan kenaikan perwakilan mereka dalam jawatan kepimpinan. Sebaliknya, wanita membentuk hanya 25 hingga 30 peratus daripada pakar oftalmologi di peringkat global, dengan perwakilan yang lebih rendah dalam jawatan kepimpinan dan sub-pengkhususan pembedahan. 

Forum itu dikendalikan oleh Freda Liu dari The Shift Asia, dan menampilkan ahli panel termasuk Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah (Timbalan Pengarah Kesihatan, Penyelidikan & Sokongan Teknikal, Kementerian Kesihatan Malaysia), Dr. Tara Mary George (Pusat Perubatan Sunway) dan Dr. Shamala Retnasabapathy (Hospital Sungai Buloh). 

Pelbagai topik perbincangan telah dikemukakan, termasuk menembusi halangan, menangkis stereotaip, penjagaan pesakit, kepentingan kemahiran interpersonal, kepentingan pendidikan berterusan, serta pembangunan profesional wanita dalam bidang perubatan. 

Menurut Datuk Dr. Nor Fariza, wanita mampu menawarkan perspektif unik dalam perubatan dengan membawa perspektif unik yang mampu memperkaya profesion ini serta menambahbaik penjagaan pesakit. Disebabkan bidang ini amat menitikberatkan empati, komunikasi dan ketelitian, kekuatan semula jadi yang wujud dalam diri wanita menjadikan mereka penyumbang yang penting. 

Turut berkongsi sentimen yang sama ialah Dr. Tara. Beliau menyatakan bahawa dalam bidang oftalmologi, di mana pesakit sering menghadapi kebimbangan tentang penglihatan dan kesejahteraan, pendekatan belas kasihan yang sering dikaitkan dengan wanita, boleh menambahbaik penjagaan pesakit dengan ketara. Melalui komunikasi dan sikap penuh empati, boleh mengurangkan ketakutan, menerangkan pelan rawatan, menangani kebimbangan pesakit dengan lebih sensitiviti dan timbang rasa, seterusnya memupuk persekitaran positif di mana pesakit berasa dihargai dan didengari. 

Sementara itu, Dr. Shamala menambah bahawa sokongan keluarga adalah penting dalam mencapai keseimbangan baik dari segi pekerjaan dan juga kehidupan, bagi memperkasakan wanita dalam pembangunan profesional mereka. Apa yang tidak boleh diabaikan ialah pendidikan berterusan dan pembangunan profesional, termasuk peka dengan perkembangan terkini dalam oftalmologi. 

Inisiatif seperti Forum Wanita dalam Oftalmologi menunjukan komitmen tidak berbelah bahagi Roche untuk memperjuangkan kepelbagaian dan keterangkuman. Ia menyampaikan mesej sokongan dan pemerkasaan yang kukuh. Ia juga merupakan jemputan terbuka untuk semua Wanita diluar sana bersama-sama dalam mencabar status quo dengan penuh keberanian, menembusi halangan, dan membuka jalan untuk masa hadapan di mana setiap individu, tanpa mengira gender, dapat menikmati peluang yang adil dan saksama.

Sungguhpun wanita terus menghadapi pelbagai rintangan, semua pakar yang hadir sebulat suara mengiktiraf sumbangan penting mereka dalam bidang oftalmologi, serta menegaskan kepentingan untuk meningkatkan suara wanita dalam penjagaan kesihatan, memupuk persekitaran yang kondusif untuk kerjasama, persahabatan, kepercayaan dan pemahaman di antara satu sama lain.

Ketika seluruh dunia meraikan Hari Wanita Antarabangsa, forum ‘Empowering Visions’ menjadi satu tonggak yang melambangkan kemajuan dan keterangkuman dalam masa depan penjagaan kesihatan. Dengan memperjuangkan penyertaan wanita dalam bidang tersebut, Roche berusaha membuka jalan ke arah dunia yang lebih saksama, di mana setiap individu, tanpa mengira gender, diberikan peluang dan penghormatan yang sama.