Berlian dan batu permata, sinonim dengan gemerlapan nan memukau dan pelbagai warna, sememangnya menarik perhatian dan imaginasi. Setiap batu permata, dari kilauan berlian yang menakjubkan hingga kemewahan zamrud yang menyerlah, memiliki daya tarikan dan kisah unik tersendiri.
Dalam meraikan legasi jenama yang gemilang serta anugerah alam yang berkilauan ini, HABIB melancarkan GEMFEST 2024, kempen tahunan yang mengangkat kecantikan batu permata, serta menampilkan pelbagai pilihan yang menawan dengan kualiti terbaik.
Bermula sekarang sehingga 30 Jun 2024, GEMFEST 2024 mempersembahkan visual utama kempen dengan gabungan batu permata berwarna-warni yang memancarkan kesempurnaan, kegembiraan dan kilauan yang berpanjangan.
Antara koleksi baharu dari HABIB yang bakal menawan hati umum adalah anting-anting Tourmaline Merah Jambu dan Hijau yang dikenali sebagai Toi et Moi, rantai leher Tanzanite 34.33 karat dan cincin Tourmaline Paraiba.
“Di HABIB, kami memegang tanggungjawab untuk menyediakan pelanggan dengan barangan kemas berkualiti sambil terus berkongsi pengetahuan dan meningkatkan penghargaan secara umum terhadap berlian dan batu permata berwarna,” kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB. “Melalui GEMFEST, HABIB meraikan keindahan semula jadi batu-batu berharga ini, sambil mempamerkan komitmen teguh kami terhadap kehalusan ketukangan, kecemerlangan reka bentuk dan pemilihan teliti batu permata yang unik dan jarang ditemui,” tambahnya lagi.
Dari rekaan yang unik hingga ke gaya klasik dan kontemporari, GEMFEST 2024 menjanjikan pelanggan halwa mata dengan pelbagai pilihan batu permata dan berlian untuk menampilkan keperibadian pemakai yang tersendiri. Antara tumpuan kempen adalah:
- Permata istimewa: GEMFEST 2024 bangga untuk mempamerkan koleksi menarik batu permata yang unik dan jarang ditemui. Koleksi utama tahun ini mempamerkan batu Green Sphene yang mempesonakan, Tourmaline Paraiba, Tanzanite, Tiger’s Eye dan sebagainya. Setiap batu permata dipilih dengan teliti atas keunikan dan keindahannya, memberikan pelanggan gambaran tentang nilai khazanah semulajadi yang kaya dan mengagumkan.
- Koleksi Dancing Diamond HABIB: Menampilkan sinaran berlian yang berkilauan, dan keunikan rekaannya yang mempamerkan kehalusan dan ketukangan yang luar biasa. Mengambil inspirasi daripada potongan, bentuk dan struktur berlian yang pelbagai, setiap utas rantai leher memegang sebutir berlian bersijil GIA yang seakan sedang menari dengan setiap gerakan, mencerminkan keanggunan dan kecantikan dalaman si pemakai.
- Acara istimewa pelanggan: HABIB mengadakan sebuah siri pengalaman GEMFEST yang mengujakan di bilik pameran terpilih sepanjang kempen. Pelanggan berpeluang untuk meneroka dengan lebih mendalam ke dunia batu permata dengan sesi solekan istimewa dan ditata rias dengan set barangan kemas HABIB yang mempesonakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen HABIB GEMFEST 2024, kunjungi bilik pameran berhampiran dari kini sehingga 30 Jun 2024, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com atau ikuti laman media sosial rasmi HABIB di Instagram dan Tiktok @habibjewelsofficial.