Stapler harga RM80 pun nak serang Vivy Yusof ke?

Kerja-kerja membawang ni biasalah orang perempuan memang suka, tapi masalahnya Cik Ju tengok yang lelaki pun boleh tahan jugee waktu PKP ni! Cik Ju tak tahu lah nak gelak ke apa, sebab isu panasnya cuma pasal STAPLER! Seriuslah isu stapler yang korang gaduhkan? Haha!

Eh tapi jangan buat main, sebab bawang army ni ada masa lebih dekat rumah, sampai ke lubang cacing dia korek isu ni sampai jadi panas, terbakar. Well sekarang kan tengah panas tentang instafamous Datin Vivy Yusof yang dikecam teruk, so pasal isu stapler ni pun sekali lagi Vivy kena kecam.

Mana tidak nya, stapler yang transparent tu Vivy jual dengan harga RM80, letak logo bisnes dia iaitu dUCk. Tapi sebenarnya harga stapler tu boleh dibeli dengan harga RM1.30 je. Haha adui lah korang ni

So Cik Gaya ni pun terjebak lah sama terus baca hot issue ni. so far Cik Ju tengok Vivy belum bagi sebarang komen lagi… but Cik Ju nasihatkan waktu-waktu macam ni jangan cari pasal dengan netizen. Banyak ‘rakyat’ dia datang membantu nanti.

Nasihat Cik Ju, korang selesaikan lah elok-elok. Kalau rasa nak beli yang murah, so beli je. Sebab memang cantik pun stapler tu, Cik Ju tak nafikan. Kalau yang dah terbeli dengan harga RM80 tu, jangan marah… anggap je sedekah.

Kan?

sumber : FB Rizal Hakimm