La Roche-Posay memperkenalkan rangkaian produk baharu MELA B3 yang menampilkan inovasi terbesar L’Oréal dalam mengatasi masalah pigmentasi, Melasyl™. Penemuan ini merupakan hasil daripada 18 tahun penyelidikan dan penapisan lebih 100,000 molekul!
Barisan produk MELA B3 meraikan era baru dalam rawatan hiperpigmentasi, menangani pelbagai masalah kulit dan mempengaruhi jutaan orang di seluruh dunia serta memberi kesan mendalam terhadap penampilan dan kesihatan mental.
Dalam satu kajian oleh La Roche- Posay, 22% daripada responden berasa kurang disayangi oleh keluarga dan rakan-rakan, 19% menyatakan mereka telah memalukan keluarga dan saudara-mara, dan 20% merasa dijauhi oleh pasangan disebabkan stigma sosial yang kuat terhadap masalah pigmentasi
MELA B3 menampilkan manfaat utama seperti anti-radang untuk mengurangkan keradangan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV dan pencemaran, pembaharuan kulit dan pengelupasan sel-sel mati untuk menggalakkan pembaharuan sel dan mengurangkan bintik gelap, serta perlindungan antioksidan untuk melindungi daripada radikal bebas yang merangsang penghasilan melanin.
Sebagai salah satu keadaan kulit yang paling kompleks untuk difahami dan dirawat, L’Oréal dan La Roche-Posay menampilkan Melasyl™, sebuah molekul baharu dengan tindakan yang unik untuk mengatasi pigmentasi. Molekul terobosan ini, yang dipatenkan secara meluas, mempunyai kaedah tindakan yang unik dengan memintas melanin berlebihan sebelum sampai ke permukaan kulit, memerangkap prekursor melanin. Kesannya, hasil yang ketara dalam tempoh seawal satu minggu dapat dilihat.
Pengurus Besar Bahagian Kecantikan Dermatologi L’Oréal Malaysia (L’Oréal Malaysia’s Dermatological Beauty Division), Ashlee Ng menekankan komitmen La Roche-Posay untuk meningkatkan kesihatan kulit melalui penjagaan kulit yang disokong oleh sains dan kepakaran dermatologi. “La Roche-Posay sentiasa komited dalam bidang dermatologi. Kami berusaha untuk memberi yang terbaik dalam sains penjagaan kulit dan menerajui penemuan baharu untuk pengguna kami dengan kerjasama pakar dermatologi.
“Kami percaya bahawa formula baru ini akan memberikan impak transformasi kepada pengguna kami, bukan sahaja membantu mengatasi hiperpigmentasi tetapi juga memperbaiki kesihatan kulit secara menyeluruh.”
Tambahnya, “Dengan gabungan Melasyl™, Niacinamide, dan Mata Air Terma La Roche-Posay, rangkaian produk MELA B3 amat berkesan. Setelah pengguna mencapai hasil yang diingini, mereka boleh berasa yakin kerana MELA B3 telah diuji dengan keberkesanan mencegah mudarat lebih besar, secara signifikan mengurangkan hiperpigmentasi berulang.
Produk-produk ini juga sesuai untuk kulit sensitif kerana setiap produk La Roche- Posay telah diuji secara menyeluruh, memastikan keselamatan dan keberkesanan.
Serum MELA B3 s menawarkan penyelesaian menyeluruh yang sesuai untuk semua warna kulit. Formula inovatif ini menggabungkan Melasyl™ dengan 10% Niacinamide (Vitamin B3) dan kandungan lain untuk menangani faktor-faktor utama yang menyumbang kepada hiperpigmentasi, seperti:
- Anti-radang: Mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh pendedahan sinar UV, pencemaran, dan faktor alam sekitar lain.
- Pemulihan Kulit & Pengelupasan: Mendorong peredaran sel untuk menghilangkan melanin berlebihan dan mengurangkan bintik gelap secara nyata.
- Perlindungan Antioksidan: Melindungi daripada radikal bebas yang boleh merangsang pengeluaran melanin.
- Penguatan Persambungan Dermo-Epidermal: Membantu mencegah penyerapan melanin di lapisan dermis, menangani bentuk-bentuk hiperpigmentasi yang lebih mencabar.
Rangkaian MELA B3 boleh didapati di semua farmasi utama dan platform e-dagang. Dikuasakan oleh Melasyl™ dan Niacinamide, La Roche-Posay mempersembahkan rutin 3 langkah untuk mereka yang mengalami kesan fizikal dan mental hiperpigmentasi:
1. MELA B3 Clarifying Micro-Peeling Gel Cleanser yang baharu. (Harga runcit: RM 89.90)
2. Serum MELA B3. (Harga runcit: RM 199.90)
3. CREAM MELA B3 SPF30 yang baru. (Harga runcit: RM 159.90)
Bagi meraikan revolusi dalam rawatan pigmentasi, MELA B3 tampil dengan tekstur baharu yang lebih mewah dan sensorial. Gel berwarna peach ini sangat ringan di kulit, menawarkan penyerapan yang tinggi untuk hasil yang lebih cepat, dan bebas alkohol, memastikan tiada iritasi.