40 tahun bersama Sharp dengan teknologi canggih dan perkhidmatan terbaik

Sharp Electronics Malaysia Sdn Bhd (SHARP) meraikan ulang tahun yang ke-40 dengan melancarkan kempen ‘Sharp 40 Live Mighty’ dan program inovatif ‘Double Sincerity Service Upgrade’. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dengan teknologi canggih dan perkhidmatan terbaik. 

“Ulang tahun ke-40 kami bukan sekadar satu sambutan masa lalu, tetapi ia merupakan sebuah titik permulaan untuk masa depan.” Kata Encik Ting Yang Chung, Pengarah Urusan SHARP Malaysia. 

Sebagai simbol keberanian dan semangat juang, SHARP melantik pasangan beregu wanita terbaik Malaysia, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan, sebagai duta kempen ‘Sharp 40 Live Mighty’. 

Menurut Encik Ting, Pearly dan Thinaah adalah lambang semangat kempen ini melalui usaha keras mereka yang tanpa henti dan mampu menginspirasi orang ramai untuk kehidupan dengan penuh keyakinan.  

Dalam usaha memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, SHARP memperkenalkan program 7-Hari Jaminan Penyelesaian Servis, menjadikan jenama peralatan rumah pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan pantas dan dipercayai di seluruh Malaysia. 

Selain itu, pelanggan yang membeli produk siri INVERTER atau siri 120Hz AQUOS XLED TRU dari sekarang sehingga 31 Disember 2025, akan mendapat jaminan tambahan selama satu tahun dengan pendaftaran dalam talian. 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan info terbaru SHARP, sila layari laman web rasmi SHARP di https://my.sharp/ atau ikuti halaman rasmi di Facebook  atau Instagram.