Di dalam dunia kecantikkan dan penjagaan kulit, rawatan anti-penuaan dan penegangan kulit semakin popular dalam kalangan kaum wanita di Malaysia. Namun, banyak prosedur mengambil masa berjam-jam untuk dilakukan. Malah mengambil masa berminggu atau berbulan untuk pulih. Sesetengah rawatan ini mungkin menyakitkan, invasif, atau berbahaya dalam jangka masa yang panjang.
BTL Aesthetics telah menawarkan EMFACE. Sebuah peranti rawatan anti-penuaan yang bebas jarum dan bebas lebam yang fokus pada bahagian pipi dan dahi. EMFACE menggunakan gabungan teknologi radio frekuensi (RF) yang diselaraskan dengan pemanasan dan tenaga elektromagnetik fokus intensiti tinggi (HIFEM) untuk menyusun semula volume wajah, mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit.
Kini, BTL Aesthetics mengeluarkan inovasi terbaru, EMFACE Submentum yang direka khas untuk menangani masalah double chin. Dalam masa 20 minit sahaja, EMFACE Submentum ini boleh bantu mengangkat wajah, menegangkan kulit, dan kurangkan lebihan lemak di dagu. Anda tak perlu risau tentang lebam atau masa pulih kerana semua ni dibuat tanpa satu pun jarum.
Adakah Rawatan Ini Untuk Anda?
Kalau anda ada masalah kulit kendur, double chin, atau nak wajah lebih runcing tanpa perlu lalui prosedur yang berisiko, EMFACE mungkin jawapan anda yang dicari. Rawatan ini sesuai untuk wanita dan lelaki yang ingin meningkatkan keyakinan diri.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan info terbaru, sila layari laman web rasmi BTL Aesthetics ikuti halaman rasmi di Instagram.