Hidangan Istimewa Berilhamkan Sambal Hijau Luar Biasa, Hikayat Ayam Zamrud daripada The Chicken Rice Shop Pasti Memukau Selera Anda

Setiap tahun pasti The Chicken Rice Shop kembali dengan menu atau hidangan baru dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik. Hikayat Ayam Zamrud, hidangan istimewa yang diperkenalkan oleh The Chicken Rice Shop sempena Ramadan dan Syawal pada tahun 2025. 

Ianya diinspirasikan oleh semangat kebersamaan dan tradisi serta diilhamkan dengan sebuah beg cili hijau yang berkilauan bak zamrud. Pada suatu ketika dahulu, walaupun perayaan disambut dengan keterujaan tetapi kemeriahannya kurang dirasai dan semangat perayaan juga terasa suram. 

Justeru, hidangan istimewa ini diharapkan dapat menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan menu sambal hijau pedas yang luar biasa, memukau serta gabungan ayam yang empuk. Ditambahkan lagi pula gabungan sempurna cili hijau pedas, herba beraroma, dan rasa masam limau yang menyegarkan membuatkan setiap suapan lebih bermakna dan unik. 

Berkongsi makna di sebalik hidangan eksklusif ini, Cik Jane Wong dari TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata, “Hikayat Ayam Zamrud melambangkan komitmen kami dalam mencipta pengalaman kulinari yang bermakna yang menyatukan keluarga. Ianya bukan sekadar menggamit selera, tetapi juga meraikan warisan budaya yang kaya dan hubungan yang terjalin apabila makan bersama. Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menghormati tradisi sambil mencipta kenangan baharu di meja makan.” 

TCRS juga telah menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada empat rumah anak yatim di Lembah Klang; Rumah Anak-Anak Yatim Syifa, Rumah Penyayang Nur Iman, dan Rumah Titian Kaseh supaya mereka bersama-sama dapat menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan, sekaligus merasakan kemeriahan Ramadan. 

Hidangan istimewa Ramadan dan Syawal ini sesuai untuk keluarga yang mencari juadah lazat dan mengenyangkan selepas seharian berpuasa, serta buat sesiapa yang ingin menikmati sajian bermusim yang istimewa. Hidangan santai, Hikayat Ayam Zamrud ini menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook TCRS di http://www.facebook.com/thechickenriceshop/