
Peminat bunga di luar sana pasti teruja dengan kerjasama di antara BloomThis dan RR by Rizman Ruzaini bagi raya tahun ini. Koleksi ‘Pesona Raya’ menerapkan elemen tradisi dan keanggunan moden, jalinan antara seni busana moden dan gubahan bunga serta menzahirkan nilai eksklusif dan elegan.
Koleksi ini ada empat gubahan bunga yang menakjubkan dan dipersembahkan dalam kotak bunga eksklusif edisi terhad RR by Rizman Ruzaini.
Lengkapkan pakaian Raya anda dengan skarf edisi terhad yang tersedia buat peminat kedua-dua jenama sebagai pembelian tambahan. Ia dapat menyerlahkan sentuhan keanggunan di musim perayaan yang akan menjadi kenangan terindah.
Antara gubahan bunga yang ada di dalam koleksi ini seperti berikut:
Aira Rose & Gerbera RR by Rizman Ruzaini Flower Box yang pastinya memukau hati orang ramai. Seri kehangatan ros merah jambu dan gerbera oren muda, disulami dengan matthiola ungu dan hidrangea merah jambu gelap menghasilkan jambangan bunga yang menakjubkan.
Seterusnya ialah Ameera Matthiola & Rose RR by Rizman Ruzaini Flower Box. Gubahan ini menaikkan seri dan perincian karya seni yang diinspirasikan oleh seni kraf yang anggun. Tambahan lagi, kotak bunga elegan ini mengandungi bunga ros cappucino yang subur, matthiola ungu dan hydrangea putih yang dihiasi dengan scabiosa dan dancing lady orchid.
Arissa Hydrangea & Phalaenopsis RR by Rizman Ruzaini Flower Box pula gubahan yang menjalinkan citra keanggunan dan kemewahan. Hidrangea merah jambu pekat menjadi sorotan utama jambangan ini, diserikan dengan orkid ungu, anturium hijau dan bunga mawar dalam simfoni tekstur dan warna yang memukau.
Gubahan yang terakhir ialah Amani Phalaenopsis & Rose RR by Rizman Ruzaini Flower Box. Istimewa gubahan ini memastikan kemewahan yang dapat menyentuh jiwa-jiwa yang melihatnya dan menzahirkan kemewahan jambangan bunga yang tiada tandingannya. Bunga mawar merah dan merah jambu yang segar, dipadankan dengan indah bersama orkid, dan diserlahkan dengan keanggunan kekwa dan eustoma.
Anda boleh dapatkan kesemua koleksi RR by Rizman Ruzaini x BloomThis ini pada harga antara RM269 dan RM359. Setiap pesanan didatangkan penghantaran percuma pada hari yang sama, serta kad mesej diperibadikan dan cetakan gambar 3R percuma, menjadikan setiap hadiah istimewa dan khusus untuk penerima. Justeru, anda boleh abadikan detik-detik istimewa dengan sentuhan keanggunan BloomThis bagi menjadikan setiap pemberian terpahat dalam ingatan.
Maklumat lanjut tentang koleksi ini boleh didapati di http://www.bloomthis.co/collections/rr-by-rizman-ruzaini.