
Kita sebagai ibu bapa sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat keluarga. Tidak hanya dari segi makan minum, soal pendidikan, kesihatan, malah dalam menjaga persekitaran dan suasana rumah kena selesa. Salah satu langkah mudah yang ramai terlepas pandang ialah berjimat tenaga di rumah. Bila kita bijak dalam penggunaan tenaga, bukan sahaja bil elektrik turun, tetapi kita juga secara tidak langsung membantu menjaga bumi untuk generasi akan datang iaitu masa depan anak-anak kita.
Antara cara mudah yang kita sebagai ibu bapa boleh buat ialah dengan mengamalkan penjimatan tenaga di rumah termasuklah:
- Tutup lampu dan peralatan elektrik bila tidak digunakan.
- Gunakan peralatan elektrik cekap tenaga (label 5 bintang).
- Pastikan rumah mempunyai pengudaraan yang baik agar kurang bergantung kepada alat penyejuk.
- Tukar kepada penggunaan penghawa dingin inverter yang lebih jimat tenaga.
Kalau ada di antara ibu bapa diluar sana yang mencari penghawa dingin baru, inilah pilihan terbaik yang anda boleh dapat – Siri Penghawa Dingin terbaru dari Midea!
Midea baru sahaja melancarkan empat model baru: Avigator, Numen, Celest, dan Glory Pro. Kesemua model ini dilengkapi dengan Teknologi AI ECOMASTER yang membantu menjimatkan penggunaan elektrik sehingga 49%. Bukan itu sahaja, dengan aplikasi pintar Midea, ibu bapa boleh memantau penggunaan elektrik penghawa dingin secara langsung, jadi kita lebih peka dan cakna berapa banyak tenagag yang digunakan setiap bulan.
Selain itu, siri baharu ini juga didatangkan dengan sistem PrimeGuard 6-Lapisan Anti-Karat membuatkan penghawa dingin ini tahan lasak, tidak cepat rosak dan sesuai digunakan lagi-lagi dengan cuaca panas dan lembap macam di Malaysia.
Dengan adanya penghawa dingin, anda tidak perlu lagi risau tentang kesihatan anak-anak. Penghawa dingin Midea ini mempunyai teknologi Air Magic yang menapis udara dan membunuh sehingga 99.97% bakteria dan virus di rumah. Jadi udara di rumah bukan sahaja sejuk, tetapi juga bersih dan sihat untuk si kecil bernafas.
Bagi ibu bapa yang mengamalkan cara hidup lebih bijak tenaga dan pastikan rumah lebih selesa, apa kata miliki penghawa dingin baharu dari Midea sekarang. Siri penghawa dingin Midea ini boleh didapati di Shopee, Lazada, dan Midea Proshop di seluruh Malaysia – dalam kapasiti dari 1.0HP hingga 2.5HP. Selain daripada bantu jimat kos penggunaan elektrik, kita dapat bantu anak-anak mewarisi bumi yang lebih sihat. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.midea.com.my.