Bermula dengan pembukaan bilik pameran di Semua House 1986, HABIB menjadi jenama yang sinonim dengan kepakaran, keindahan ketukangan serta rekaan barangan kemas yang berkualiti, dan selari dengan peredaran zaman.
2024 pula menyaksikan permulaan lembaran baharu dalam legasi HABIB dengan permulaan pembinaan flagship storenya yang pertama di lokasi yang telah memainkan peranan penting dalam sejarah jenama ini, Masjid India.
Dijangka selesai pada tahun 2025, Flagship Store HABIB ini akan mengetengahkan kekayaan warisan HABIB di sekitar Masjid India yang kian membangun. Projek pembangunan semula ini menandakan pelaburan yang bermakna kepada komuniti yang sentiasa memberi sokongan terhadap HABIB selama ini.
Flagship store ini divisualisasikan sebagai pusat peruncitan kreatif, dinamik dan inovatif untuk Kumpulan HABIB. Dengan keluasan 42,800 kaki persegi dan ketinggian tujuh tingkat, bangunan ini akan menempatkan bukan sahaja ruangan perniagaan, tetapi ruangan pejabat dan ruangan acara. Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk mewujudkan destinasi holistik yang merangkumi peruncitan konvensional, dan memberikan pengunjung pengalaman yang unik dan luar biasa.
Dengan rekaan kontemporari dan ikonik, Flagship Store HABIB ini bukan sahaja akan berdiri sebagai destinasi pilihan, malah akan menjadi pintu gerbang baharu di Masjid India. Tampil dengan sesuatu yang lari daripada kebiasaan, fasad yang ditempah istimewa seperti permata yang direka dengan teliti untuk mencerminkan ketukangan dan inovasi terbaik, menandakan dedikasi HABIB yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan, bukan sahaja pada barangan kemas tetapi seni binaan juga.
Flagship Store HABIB ini bukan sahaja akan menjadi destinasi utama barangan kemas yang mewah, tetapi ini juga membuktikan komitmen HABIB terhadap pemulihan budaya dan ekonomi kawasan bersejarah ini.
Flagship Store HABIB berada di No 127, Jalan Bunus (Jalan Palestin), 50100 Kuala Lumpur. Layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi di Instagram (@habibjewelsofficial), Facebook dan LinkedIn (@HABIB) untuk maklumat terkini.