
Sempena Hari Bapa tahun ini, jom raikan bukan hanya dengan hadiah, tapi luangkan masa bersama di Pavilion Bukit Jalil. Dari fesyen, makanan, alat gajet sampai aktiviti menarik, semuanya ada kat sini!
Jika ayah anda mengutamakan keselesaan dan penampilan yang kemas. Terdapat beberapa kedai pakaian seperti Uniqlo (Tingkat 3, Orange Zone), Tommy Hilfiger (Tingkat 2, Orange Zone), Padini Concept Store (Tingkat 2, Orange Zone) dan Adidas (Tingkat 4, Orange Zone). Pelbagai gaya dalam satu destinasi yang membantu mereka kelihatan segak.
Tiada cara yang lebih baik untuk mengeratkan hubungan daripada berkongsi makanan yang sedap. Mulakan sarapan di Park’s Bagel (Tingkat 4, Pink Zone). Untuk hidangan utama, boleh bawa makan seisi keluarga nikmati pengalaman yang menyeronokkan di BBQ Town (Tingkat 4, Pink Zone) dan Richeese Factory (Tingkat 1, Pink Zone). Jangan lupa untuk akhiri hari dengan pencuci mulut yang manis di Molten Chocolate Cafe (Tingkat 5, Pink Zone) atau More Yogurt (Tingkat 1, Pink Zone).
Bagi ayah yang minat teknologi dan gajet terkini, Urban Republic (Tingkat 4, Orange Zone) dan Machines (Tingkat 4, Orange Zone) adalah tempat yang sesuai untuk mereka. Banyak gajet-gajet yang ditawarkan seperti jam tangan pintar dan fitness trackers. Untuk mereka yang minat gaya hidup aktif, Sports Direct dan USC (Tingkat 4, Orange Zone) menyediakan banyak pilihan seperti kasut, pakaian sukan dan beg gim. Anda juga boleh rancang aktiviti menarik di Blue Ice Snow Park (Tingkat 5, Pink Zone) dengan meluangkan masa dan kongsi memori bersama.
Tidak perlu hadiah mewah untuk menggembirakan hati seorang ayah, yang penting adalah keikhlasan dan masa yang diluangkan bersama. Pavilion Bukit Jalil bukan sekadar pusat beli-belah , tetapi ruang untuk mencipta kenangan yang indah.