Safi Perfect White 3X: Rahsia Kulit Lembap, Berseri & Selesa Sepanjang Hari

Ramai orang malas pakai sunscreen sebab rasa tebal, melekit, atau berat kat kulit. Tapi Safi Malaysia ada penyelesaian baru, gabungkan perlindungan sunscreen dengan kelembutan serum! Dengan Safi Perfect White 3X Advance Watery Light Serum Sunscreen SPF 50+ PA++++, rutin harian untuk lindungi kulit dari sinaran matahari jadi lebih mudah, selesa, dan seronok.

Di bawah cahaya pagi di Farm Fresh, UPM Serdang, belon udara panas berwarna-warni terapung cantik di atas ladang hijau. Di sinilah Safi Malaysia, jenama penjagaan kulit halal No.1, melancarkan produk terbaru mereka: Safi Perfect White 3X Advance Watery Light Serum Sunscreen SPF 50+ PA++++. Majlis pelancaran ini direka khas untuk menonjolkan inti pati produk: ringan, berseri, dan penuh semangat.

Produk ini dicipta khas untuk wanita Malaysia yang sentiasa terdedah dengan matahari. Ia 2-dalam-1, sunscreen dan primer berbentuk serum, jadi kulit dilindungi tanpa rasa melekit atau berat. Perlindungan UVA/UVB SPF 50+ PA++++ membantu cegah tompok gelap, penuaan awal, dan kulit kusam, sambil memberikan hidrasi sepanjang hari.

Apa yang best pasal Safi Perfect White 3X?

  • 3X Kuasa Pencerahan – 100X Vitamin C dari Kakadu Plum & Niacinamide bantu kurangkan bintik hitam, kulit kusam, dan hiperpigmentasi.
  • 8X Kuasa Hidrasi – Kompleks Asid Hyaluronik kunci kelembapan, tegangkan kulit, dan kurangkan garis halus.
  • Ringan & Selesa – Tekstur berasaskan air, tidak melekit, tak berat, sesuai dipakai sepanjang hari.
  • Mesra Solekan – Boleh jadi primer, kulit jadi licin, berseri, dan siap untuk solekan.

Puan Kazlina Kassim, Pakar Jenama Safi Malaysia, kata:
“Kami nak setiap wanita rasa yakin dengan kulit semula jadi mereka. Dengan sunscreen 2-dalam-1 ini, ia bukan sahaja melindungi, tapi juga mencerahkan dan melembapkan kulit. Teksturnya ringan, sesuai untuk cuaca panas Malaysia.”

Harga pun mesra poket, cuma RM19.90, tapi beri perlindungan premium dan kulit berseri setiap hari.Rangkaian Safi Perfect White 3X Advance Watery Light Serum Sunscreen boleh didapati di Watsons, Guardian, dan platform atas talian seperti TikTok, Shopee, dan Lazada. Untuk info lanjut, layari www.safi.com.my atau follow @safimalaysia di Instagram.