Kempen Johnson’s PlayDays Satukan Keluarga, Cipta Kenangan Terindah Sambil Belajar

Kadang-kadang kita rasa main dengan anak ni macam aktiviti biasa-biasa je, kan? Tapi sebenarnya, waktu bermain nilah saat paling ‘mahal’ untuk anak-anak belajar tentang emosi, cara bergerak, dan yang paling penting, bonding dengan kita sebagai mak ayah.

Sebab tu melalui Johnson’s PlayDays, Johnson’s nak ajak kita semua luangkan lebih banyak masa main physical dengan anak-anak dan cuba kurangkan screen time. Fokusnya mudah je: nak jadikan setiap detik bermain tu lebih bermakna dan seronok untuk satu keluarga.

Menerusi program ni, Johnson’s nak tunjuk yang main aktif ni sebenarnya seronok sangat! Biarlah anak-anak bebas berlari, meneroka, dan cuba benda baru. Kita pun bukan sebagai pemerhati je, tapi ikut ‘turun padang’ dan bermain dengan mereka juga. Selain bonding, cara ni sangat membantu perkembangan kreativiti, buat anak lebih yakin diri, dan pandai berkawan.

Mesti ada mak ayah yang risau pasal peluh atau kotor, kan? Jangan risau, Johnson’s faham sangat. Dengan rangkaian produk yang lembut dan sesuai untuk kulit si manja, anak-anak boleh terus aktif bermain tanpa rasa tak selesa. Mak ayah pun boleh tarik nafas lega!

Kesimpulannya, Johnson’s PlayDays nak ingatkan kita yang nak gembirakan anak tak perlu benda yang rumit pun. Kadang-kadang, momen yang paling simple itulah yang paling bermakna, asalkan kita benar-benar ada di sisi mereka. 💛