Seni Demi Bumi: Malaysia Dominasi Pentas Dunia di Kao International Environment Painting Contest for Children Kali Ke-16!

Kao Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah bagi Kao International Environment Painting Contest for Children yang ke-16. Majlis yang penuh inspirasi ini bertujuan meraikan kreativiti kanak-kanak dalam mengekspresikan impian mereka terhadap masa depan bumi yang lebih lestari.Kehadiran Puan Nor Hapipah, Ketua Penolong Pengarah dan Encik Wan, Penolong Pengarah dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai tetamu kehormat membuktikan sokongan padu pihak kementerian terhadap inisiatif yang memupuk kesedaran alam sekitar sejak bangku sekolah lagi.

Malaysia Juara Penyertaan Global! 🏆

Rekod tahun ini memang luar biasa! Secara keseluruhan, pertandingan ini menerima 25,159 penyertaan dari 31 buah negara. Namun, apa yang paling membanggakan:

  • Malaysia muncul sebagai penyumbang terbesar dengan 10,690 entri (iaitu 42% daripada jumlah keseluruhan dunia!).
  • Penyertaan dari Malaysia melonjak sebanyak 135% berbanding tahun lepas—satu pencapaian yang membuktikan betapa tingginya kesedaran sustainability dalam kalangan pelajar kita.
  • Pecahan penyertaan: 95% datangnya daripada sekolah kebangsaan, manakala 5% lagi daripada sekolah seni dan peserta individu.

Presiden Kao Malaysia, Encik Yamazaki Hirobumi, secara peribadi menyampaikan sijil dan anugerah kepada para pemenang sebagai tanda penghargaan ke atas ekspresi kreatif mereka yang sangat bermakna.

Kreativiti Yang Memberi Impak Nyata ✨

Pertandingan ini bukan sekadar tentang melukis di atas kertas. Melalui inisiatif global Kao, setiap lukisan yang dihantar membawa nilai sumbangan tunai. Bagi setiap penyertaan, sebanyak 50 Yen Jepun diderma untuk menyokong usaha konservasi alam sekitar.

Hasilnya, sebanyak 1.258 juta Yen telah berjaya dikumpulkan dan disalurkan kepada organisasi global seperti:

  • WWF (Perlindungan hidupan liar)
  • OISCA International (Pemuliharaan hutan)
  • PIRIKA Marine (Menangani pencemaran plastik laut)

Ini bermakna, setiap strok warna oleh adik-adik kita telah berubah menjadi langkah nyata dalam melindungi ekosistem dunia. That’s what we call art with a purpose!