Bila cakap pasal kehamilan, ramai fikir journey tu bermula masa nampak dua garis biru dekat pregnancy test. Tapi sebenarnya, menurut Dr Sharmina Kamal Shamsul Kamal, persediaan untuk lahirkan bayi yang sihat bermula lebih awal daripada itu. Lagi awal kita jaga diri, lagi baik permulaan buat si manja nanti.

“Kalau boleh, sebelum hamil lagi dah kena mula jaga kesihatan,” kata beliau. Pemeriksaan kesihatan awal penting untuk check kalau ada masalah seperti diabetes atau tekanan darah tinggi. Sebab sekarang ni, bukan orang berusia je kena penyakit macam ni, tapi ramai golongan muda pun dah mula alami.

Dan satu benda yang ramai selalu overlook? Asid folik.

Ramai tunggu sampai pregnant baru nak mula makan supplement, padahal perkembangan awal bayi berlaku sangat cepat. Pengambilan asid folik sebelum hamil sebenarnya bantu kurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi. Kiranya, benda kecil tapi impaknya besar.

Trimester Pertama: Fasa Yang Sangat Fragile

Awal kehamilan ni memang fasa yang mencabar. Badan tengah adjust, emosi pun rollercoaster. Dalam masa yang sama, organ bayi sedang mula terbentuk.

Masuk trimester kedua dan ketiga pula, bayi makin aktif. Ada masa boleh rasa tendangan kecil, ada masa dia macam react bila dengar suara kita. Cute, kan? Tapi dalam excited tu, aspek pemakanan jangan buat sambil lewa.

“Kalau ibu tak cukup nutrisi penting, bayi pun boleh terkesan,” jelas Dr Sharmina.

Dekat Malaysia, ramai ibu hamil sebenarnya kurang zat besi, kalsium dan vitamin D. Kekurangan zat besi boleh sebabkan anemia sampai badan rasa penat melampau, manakala kurang kalsium dan vitamin D pula boleh jejaskan kesihatan tulang ibu.

Tak perlu diet pelik-pelik pun. Fokus je pada makanan seimbang. Protein, sayur hijau, bijirin penuh dan susu atau alternatif yang diperkaya nutrien. Dan kalau nak ambil supplement tambahan, pastikan ikut nasihat doktor dulu.

Check-Up Bulanan Bukan Sekadar Routine

Ada yang rasa pemeriksaan antenatal ni macam “just datang timbang berat dan balik”. Tapi sebenarnya, setiap check-up tu penting untuk monitor keadaan ibu dan bayi.

Melalui imbasan awal, doktor boleh pastikan kandungan berkembang dengan baik dan tentukan usia kehamilan dengan lebih tepat. Pemeriksaan berkala juga bantu kesan masalah seperti diabetes gestasi atau preeklampsia lebih awal sebelum jadi serius.

“Setiap kali pemeriksaan, kami akan pantau perkembangan bayi, uri dan air ketuban supaya semuanya berada dalam keadaan baik,” jelas beliau lagi.

Jadi walaupun busy atau rasa malas nak keluar rumah, jangan skip appointment ya.

Raya, Kenduri, Open House… Boleh Je, Tapi Jangan Push Diri

Bila pregnant, bukan bermaksud kena duduk rumah 24 jam. Nak enjoy musim perayaan atau gathering keluarga tu boleh je. Cuma berpada-pada. Tidur cukup, minum air secukupnya dan jangan paksa diri ikut pace orang lain. Kalau penat, rest. Simple.

Dan yes, makanan pun kena hati-hati sikit. Pastikan makanan dimasak sempurna dan cuba kurangkan benda yang terlalu manis atau berkafein tinggi.

Pregnant bukan lesen untuk “makan untuk dua orang” every hour.

Lepas Bersalin: Bahagian Yang Orang Selalu Kurang Cerita

Ramai fokus pada pregnancy dan delivery, tapi fasa selepas bersalin sebenarnya sama penting.

Beberapa jam pertama selepas bayi lahir adalah momen yang sangat bermakna. Dr Sharmina galakkan sentuhan kulit-ke-kulit secepat mungkin sebab ia bantu stabilkan bayi dan kuatkan bonding antara ibu dan anak.

Dari segi emosi pula, ramai ibu alami “postpartum blues” dalam minggu awal lepas bersalin. Mood jadi sensitif, mudah menangis atau rasa overwhelmed dan itu normal. Tapi kalau perasaan sedih makin teruk atau berpanjangan, jangan diamkan. Dapatkan bantuan secepat mungkin.

Pemulihan fizikal pun kena jaga. Kalau ada demam, sakit makin teruk, luka lambat sembuh atau discaj berbau, terus jumpa doktor.

Dan satu lagi, jangan takut minum air masa berpantang. Ada yang masih percaya mitos kena kurangkan air, padahal badan perlukan hidrasi cukup untuk sembuh dan hasilkan susu ibu.

Ibu Pun Perlukan Support, Bukan Bayi Je

Menyusu badan memang ada banyak manfaat untuk bayi. Tapi hakikatnya, ramai ibu struggle sebab kurang sokongan dan terlalu banyak conflicting advice.

Awal-awal penghasilan susu memang sedikit, dan itu normal. Penyusuan yang kerap akan bantu tingkatkan pengeluaran susu secara semula jadi.

Sebab tu support system penting. Kadang-kadang ibu cuma perlukan orang tolong buat kerja rumah, bagi ruang rehat, atau sekadar cakap, “You’re doing okay.”

Benda nampak kecil, tapi besar maknanya.

Akhir sekali, Dr Sharmina percaya bahawa kehamilan yang sihat bukan tentang jadi “perfect mom”. Ia tentang buat pilihan yang betul, dapatkan rawatan yang sesuai dan ada sokongan yang baik sepanjang journey ini.

Kerana setiap bayi layak dapat permulaan hidup yang terbaik 🤍