Bila lambat bersihkan sampah, memang akan jadi masalah. Kalau sampah kering mungkin masalahnya tak besar. Tapi kalau sampah basah, sekejap je mulalah berulat-ulat dibuatnya sampai mengundang haiwan perosak lain.

Sebenarnya ada cara mudah nak elakkan sampah mudah berulat. Tips ni sangat mudah diamalkan sebab hanya guna bahan-bahan dapur yang mudah didapati.

1. Cengkih: Sama ada korang kisar atau tumbuk kasar bunga cengkih dan kemudian taburkan pada tong sampah. Alang-alang terus tabur pada kawasan sekeliling tong sampah sekali. 

2. Baking soda: Dekat rumah memang kena ada stok baking soda yang banyak sebab baking soda ni banyak sangat kegunaannya. Sama juga macam cengkih tadi, korang boleh tabur je pada dasar dan tepi tong.

Bonus: Cecair peluntur baju. Bancuh cecair peluntur baju dengan air secukupnya. Masukkan ke dalam botol jenis spray. Lepas buang sisa makanan, spray dalam plastik bungkusan sisa. Memang tak ada bau busuk, ulat pun tak naik.

Kalau perasan, tiga bahan ni ada bau yang kuat kan? Selain daripada 3 bahan ni, korang rasa bahan apa lagi yang boleh digunakan?

Kredit gambar utama: @charlesdeluvio via unsplash.com