Ramai BZU BZU, jenama penjagaan keluarga terkemuka yang memfokuskan pada produk lembut dan berkualiti tinggi untuk kulit sensitif, telah memperkenalkan tambahan inovatif kepada rangkaian produk mereka: Losyen Pelindung Matahari BZU BZU dengan pembungkusan yang boleh berubah warna.
Tidak seperti pelindung matahari konvensional, pelindung matahari yang inovatif ini mengalami transformasi apabila terdedah kepada UV dan cahaya matahari. Payung mini pada tiub BZU BZU Sunscreen Lotion bertukar daripada kuning air kepada merah jambu, menandakan kepentingan menggunakan pelindung matahari untuk perlindungan daripada sinaran UV yang berbahaya.
Mommies! Ada plan nak bawak anak main kat luar? Dah pakaikan sunscreen ke belum? Kalau nak sun care yang lagi onz boleh try produk baru BZU BZU. Losyen Pelindung Matahari BZU BZU ni ada bahan pelembab, tanpa paraben, formaldehid atau alkohol. Sesuai la utk si kecik tu.Ingat mommies, mendung-mendung pun, matahari tetap ada tau!
Losyen Pelindung Matahari BZU BZU mengandungi bahan pelembab dan anti-radang seperti Jus Aloe Vera dan Ekstrak Portulaca. Pelindung matahari ini mempunyai SPF 30 PA+++, tanpa paraben, formaldehid atau alkohol, menjadikannya pilihan yang selamat dan boleh dipercayai untuk perlindungan kulit kanak-kanak. Ia boleh didapati dalam saiz 40ml pada harga RM29.90 dan boleh didapati di semua cawangan Watsons, HealthLane, Babyshop, Big Pharmacy, dan di platform Shopee dan Lazada BZU BZU Malaysia.
Encik Raphael Jiang, Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU menekankan kepentingan menjaga kesihatan kulit kanak-kanak. Selaran matahari semasa zaman kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan kulit jangka panjang dan berpotensi meningkatkan risiko kanser kulit bila dewasa. Losyen Pelindung Matahari BZU BZU direka untuk menangani kebimbangan ini dan menyediakan perisai perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB, membolehkan kanak-kanak menikmati aktiviti luar tanpa rasa tidak selesa akibat selaran matahari, terutamanya di kawasan sensitif seperti muka, telinga dan leher.