Dua Varian Baharu OATSIDE, Memikat Selera Dengan Rasa Yang Mewah & Lazat

Tahukah anda, baru-baru ini OATSIDE, pengeluar susu oat berkrim terkemuka di Asia telah pun keluarkan dua perisa baru iaitu Caramel Macchiato dan Mocha. Ia dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu oat istimewa Barista Blend OATSIDE. Slogan “OATSIDE dan Kopi, Ngam Sekali!” selari dengan dua perisa baru ini dimana orang ramai kini dapat nikmati kopi kegemaran pada bila-bila masa sahaja. 

“Kami telah melancarkan Pocket Pack kami pada awal tahun ini di Malaysia dan mendapat sambutan hangat untuk OATSIDE Coffee Oat Lattes, yang telah mendorong kami untuk memperkenalkan Caramel Macchiato dan Mocha baharu ini. Kami ingin memastikan ada perisa yang sesuai untuk setiap penggemar kopi di luar sana. Kami mencipta Mocha dengan rasa coklat yang kaya dan beraroma, dan Caramel Macchiato dengan rasa molasses dan karamel yang kuat bagi mengimbangi rasa kopi yang pahit. Kedua-dua perisa ini bukan sahaja hebat tetapi turut mematuhi garis panduan Pemakanan Gred B Singapura dengan memastikan kadar kandungan gula yang rendah,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OATSIDE, Benedict Lim.

Varian OATSIDE Caramel Macchiato ini anda boleh mengambilnya pada waktu pagi sebelum memulakan hari mahupun minum tengah hari. Ia adalah adunan sempurna oat berkrim dan rasa karamel yang dapat membangkitkan selera anda. 

Lain pula dengan varian OATSIDE Mocha yang mana adanya gabungan coklat dan kopi. Gandingan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan kehalusan oat, semuanya dalma satu ramuan berkrim yang pasti memikat hati dan selera anda. Jangan risau, ia bebas tenusu dan laktosa, jadi anda boleh minumnya tanpa sebarang kompromi.

Gabungan harmoni antara kelazatan dan kemewahan bagi dua varian inilah yang membezakannya dengan yang lain. Tambah pula dengan susu berasaskan oat OATSIDE yang mana ia berasaskan tumbuhan, bebas kolesterol dan laktosa serta rendah lemak tepu. 

Buat semua penggemar kopi di luar sana, inilah masanya untuk anda mencuba dua varian terbaru daripada OATSIDE ini. Kedua-dua OATSIDE Caramel Macchiato dan OATSIDE Mocha ini kini anda boleh dapatkannya di Family Mart, 7-Eleven, myNews, CU, Emart, Lotus, Jaya Grocer, AEON, Shopee, Tiktok Shop, dan banyak lagi.