Empati, Memahami & Persekitaran Positif Dapat Ubah Stigma Obesiti Kepada Individu Yang Terjejas

Acara “Berani dan Bebas: Menerajui Usaha Mengubah Persepsi Masyarakat terhadap Obesiti” anjuran Novo Nordisk Pharma (Malaysia) bersama Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS) dan Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) telah berlangsung baru-baru ini memberi impak positif kepada ramai wanita. Acara ini dianjurkan bersempena Hari Wanita Antarabangsa dan Hari Obesiti Sedunia yang membincangkan tentang stigma, persepsi masyarakat terhadap obesiti dan membudayakan konsep kesihatan inklusif. 

Menurut Pengurus Besar Novo Nordisk Pharma (Malaysia), Encik Cihan Serdar Kizilcik yang menegaskan komitmen syarikat dalam tangani penyakit kronik berkata, “Di Novo Nordisk, kami mengiktiraf obesiti ialah penyakit kronik dan bukannya kegagalan individu. Misi kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif, dan menyokong mereka yang terkesan oleh obesiti. Kami juga komited menangani isu kesihatan kardiovaskular-buah pinggang-metabolik (CKM) yang saling berkait rapat, dengan menerajui penyelesaian holistik yang meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. Bersama-sama, kita boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap obesiti dan memupuk komuniti yang lebih berempati dan memahami.” 

Barisan penceramah yang tersohor, termasuk Timbalan Pengarah Penyakit Tidak Berjangkit, Dr. Noraryana memberi penekanan tentang kesan stigma obesiti terhadap kesihatan awam, kepentingan pengurusan bagi mengatasinya dan juga tentang beban obesiti dalam kalangan wanita serta cabaran utama bagi tangani stigma dan persepsi ini. Selain itu, dengan adanya MyOS ini antara strategi komprehensif dengan kerjasama pertubuhan bagi menangani stigma ini secara berkesan. 

Aida Tahir berkata,“Hidup dengan obesiti adalah satu perjalanan yang mencabar. Sejak remaja, saya bergelut untuk menurunkan berat badan. Namun, apa yang lebih penting, saya kini lebih bahagia kerana berjaya mendapat semula kesihatan saya, dan tiada yang lebih berharga daripada kesihatan itu sendiri.” Inilah pengalaman peribadinya yang menunjukkan impak stigma obesiti dan keperluan terhadap sifat empati serta pemahaman dalam penjagaan kesihatan. 

Bukan itu sahaja, Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS) dan Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Prof. Dr. Rohana binti Abdul Ghani juga berkata, “Obesiti adalah satu keadaan kesihatan yang kompleks dan memerlukan tindak balas komprehensif dan berperikemanusiaan. Dengan obesiti kini termasuk dalam NHMS 3+1, yang merangkumi 3 penyakit tidak berjangkit utama (diabetes, hipertensi, kolesterol) serta 1 tambahan (obesiti) 3, kita perlu mengubah persepsi masyarakat bagi memupuk pemahaman, empati, dan menyediakan rawatan perubatan yang sesuai,”.

Ketua Perkhidmatan Subkepakaran Endokrinologi Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) dan Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Dr. Nurain binti Mohd Noor, turut mengangkat kepentingan kesedaran dan pendidikan tentang obesiti dan kesihatan metabolik. “Mempromosikan pendekatan rawatan dan sokongan yang menyeluruh bagi memperkasakan individu dan komuniti adalah mustahak. Kolaborasi antara profesional perubatan, pembuat dasar, syarikat farmaseutikal, dan kumpulan advokasi adalah kunci dalam mewujudkan persekitaran yang lebih menyokong dan positif bagi individu yang terjejas oleh stigma obesiti,” ujar beliau.

Novo Nordisk Pharma (Malaysia) kekal komited dalam menyokong usaha menangani stigma obesiti dan membudayakan kesihatan yang inklusif. Acara “Berani dan Bebas: Menerajui Usaha Mengubah Persepsi Masyarakat terhadap Obesiti” telah menetapkan penanda aras yang kukuh bagi inisiatif masa hadapan. Ia menyerlahkan kekuatan dan kepimpinan wanita dalam membawa perubahan positif serta memecahkan stigma berkaitan obesiti.