Korang mesti tahu tentang keselamatan yang tak berapa terjamin kalau naik kereta orang untuk pergi ke mana-mana destinasi.
Cik Ju bukan nak takutkan korang but korang kena fikir banyak kali kalau nak naik e-hailing ke apa, sebab bukan tak pernah ada kes kan?
Sebab ada di kalangan kita yang tak pandai drive, so terpaksa bergantung dengan e-hailing untuk pergi ke mana. Tapi korang tahu tak ada system e-hailing yang lebih selamat dan mereka hanya bawa penumpang wanita je?
Good news untuk kita semua!
MakCik Travels menawarkan dua jenis perkhidmatan iaitu MakCik Drives sebagai platform buat pemandu mendapatkan penumpang serta menghantar ke destinasi yang ingin dituju serta MakCik Chaperone dimana seorang pengiring bakal ditugaskan untuk membantu penumpang yang memerlukan bantuan.
So, wanita berasa lebih selamat dan selesa dengan melalui perkhidmatan daripada pemandu wanita. Servis ini secara tidak langsung bakal membantu warga emas untuk ke pusat dialisis, klinik atau hospital dengan lebih mudah.
Lebih menarik, servis yang dikhususkan buat kaum wanita ini secara tidak langsung membuka peluang buat para wanita lain mendapatkan pendapatan dengan memfokuskan kepada suri rumah, ibu tunggal serta pelajar universiti.
Proses yang dijalankan MakCik Travels sebelum mendapatkan pemandu adalah melalui temu duga bagi mendapatkan pemandu yang berkualiti manakala khidmat sebagai pengiring bakal turut diberi latihan yang secukupnya untuk melayani pihak pelanggan.
Buat para penumpang atau anda yang berminat untuk mendapatkan servis MakCik Travels, anda boleh menempahnya di laman web MakCik Travels. Tempahan dua jam lebih sebelum waktu perkhidmatan antara yang diperlukan. Selain itu, tempahan melalui panggilan telefon atau WhatsApp yang tersedia.
So korang boleh call num ni untuk sebarang tempahan!