Dalam keadaan sekarang, ramai yang hilang pekerjaan… tapi berbeza dengan seorang wanita yang meraih keuntungan dari penjualan donut RM1 waktu PKP ni.
Ni lah kuasa netizen yang viralkan perniagaan kakak ni sampai boleh meletup, hebat kan?
Norhasdin Pakiluddin dikatakan baru sahaja memulakan perniagaan menjual donat daripada rumah, tapi sekarang tidak menang tangan untuk mengambil pesanan daripada pelanggannya.
Ia bermula selepas kisah donut ini dikongsi di laman Twitter salah seorang pelanggannya.
Ciapan yang dibuat pelanggannya itu bukan saja mendapat lebih daripada 20,000 perkongsian tetapi turut mendapat ulang kicau daripada Neelofa.
“Ayuh kita bersama-sama berkongsi dan ringankan beban beliau,” tulis Neelofa.
Berpunca daripada beberapa ciapan yang viral tu, Norhasdin menjelaskan beliau kini tidak menang tangan untuk mengambil pesanan daripada pelanggannya.
“Saya membuat 1,000 donat setiap hari dan menerima 300 pesanan setakat ini. Saya terpaksa berhenti mengambil pesanan kerana tidak mampu lagi untuk menanganinya,” katanya kepada MalayMail.
Donat buatannya itu dijual dengan harga RM1 untuk 3 biji dan turut tersedia dalam bentuk sejuk beku atau frozen.
Malah ada juga netizen yang turut memberikan sumbangan kepada Norhasdin kerana anaknya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
“Ini bukanlah niat saya dan saya tidak mahu orang ramai salah faham (mengenai anaknya),” katanya.
Jelasnya, anaknya yang kini berusia setahun bukanlah berada dalam keadaan kritikal tetapi perlu menggunakan tiub pernafasan dari masa ke semasa.
Apa yang ingin ditekankan bukanlah berapa banyak jualan yang mampu diraih wanita ini dalam sehari tetapi apa yang ingin ditonjolkan adalah kuasa netizen dalam membantu sesama rakyat terutama ketika kita semua menghadapi PKP ketika ini.
Inilah contoh yang kita nak! Sama2 membantu ringankan bebanan orang lain.