Hello uols! So resipi kali ni memang betul-betul memikat selera. Gabungan rasa masam dan manis nenas dengan rasa masin ikan tu aduhaiii memang kena sangat.
Bahan nak buatnya pun sonang yoo bak kata orang Negeri Sembilan so jom kita tengok.
Bahan – bahannya :
1 inci kunyit, 1 bawang besar saiz kecil dan 4 tangkai cili api di blend atau tumbuk lumat
1 batang serai diketuk hujung
1 cawan air
1 mangkuk kecil ikan masin (saya guna ikan kurau)
½ biji nanas saiz kecil
1 mangkuk santan segar (dari 1 cup kelapa parut dan 1 ½ cup di blend dan perah ambil santannya sahaja)
Sedikit serbuk perasa
Cara memasak :
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan bawang besar
2. Tumis dalam minyak panas
3. Masukkan air, ikan masin dan nenas
4. Tunggu sehingga mesra
5. Masukkan santan
6. Perasakan dengan serbuk perasa
7. Siap dan sedia untuk dihidang