Kolaborasi jenama susu popular, Goodday Milk dengan aplikasi navigasi Waze memudahkan pengguna mencari pusat beli belah yang kurang sesak dengan pengunjung bagi membantu memudahkan pengguna mematuhi sistem operasi standard (SOP) sepanjang negara masih lagi berperang dengan wabak COVID-19.

Apabila pemandu mencari lokasi spesifik menerusi aplikasi Waze dengan menggunakan kata kunci seperti barang dapur atau pasar raya, Waze akan mencadangkan premis yang kurang sesak dengan menggunakan pin logo Goodday Milk.

Dengan jalinan kerjasama ini, pengguna akan lebih mudah menjaga keselamatan diri semasa membeli belah barangan keperluan harian dalam norma baharu. 

Langkah pencegahan ini nyata lebih memudahkan pengguna dan memberikan pengguna pengalaman membeli belah lebih lancar dan selamat daripada terdedah dengan risiko penularan wabak COVID-19.