Kak Jah faham, walaupun kita ni duduk rumah tapi ada mommies yang tak dapat pun nak spend time berdua je dengan suami tanpa gangguan anak sebab anak pun duduk rumah! Anak pun asyik nak melekat je kan, pantang kita duduk, terus diorang datang nak menyibuk. Aduhaiii pening.
So kalau ada mommies di luar yang macam ni jugak meh tengok tips ni.
Rancang waktu anak tidur
Perancangan yang betul merupakan perkara paling penting untuk memperoleh masa berharga ini. Sebaik-baiknya, rancang aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti berbual sambil menikmati teh panas mahupun menonton rancangan kegemaran ketika anak sedang tidur.
Didik anak tidur di bilik sendiri
Sudah semestinya suami isteri memerlukan ruang privasi untuk bersama, namun bagi yang mempunyai anak kecil, mungkin agak sukar untuk mendapatkan privasi berkenaan. Jika bayi, mungkin boleh diletakkan dalam katil bayi bersebelahan katil utama.
Bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas, ibu bapa perlu ajar anak untuk tidur di bilik yang berasingan. Biarpun si kecil mungkin takut dan memberikan sejuta alasan yang lain, didik anak sehingga mereka membiasakan diri.
Guna khidmat pengasuh
Masa yang sesuai untuk rehat dengan pasangan adalah ketika anak dijaga oleh pengasuh atau bersama-sama nenek dan saudara mara terdekat. Alaaa takpe, biarkan anak sekejap je dan rehatlah dengan suami okay? Yang ni kena tunggu lepas PKP nanti.
Bagi anak aktiviti menyeronokkan
Kalau rasa-rasa macam dah yakin nak biarkan anak buat aktiviti sendiri, biarkan mereka buat aktiviti sendiri dan korang pun buatlah aktiviti seperti menonton movie ke atau just berbual dengan suami.
Semoga tips ni bermanfaat!