Menu yang ringkas dan mudah memang akan jadi pilihan mommies terutamanya menjelang Ramadhan ni. 

Aarillshah Wonderglow melalui FB nya telah berkongsi resepi bersama  mommies semua untuk dicuba dan of course anak suka iaitu Pizza Roti Gardenia.  Bahan pun mudah untuk disediakan. Jom kita try! 

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Keju
  • Sosej dicelur
  • Cendawan – potong kecil dan celur
  • Sos spaghetti (jika tiada, sos cili biasa)
  • Bawang Merah potong halus
  • Cili besar – potong halus
  • Daun parsley

Cara-cara:

  1. Sapu roti dengan sos spaghetti atau sos cili.
  2. kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
  3. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

Siap!

uols mungkin berminat baca:
Ingatkan susah… senang rupanya buat puding pisang kastard ni!
Nak makan pancake gebu mcm kat MCD? Ini resepinya…