Pernahkah anda terfikir kenapa kulit wajah anda tiada perubahan walaupun dah pakai produk kecantikan yang kualiti tinggi? Ini jawapannya!
Tahukah anda menggunakan produk kecantikan sebenarnya perlu mengikut turutan yang betul?
Ini adalah untuk memastikan kulit awak mendapat manfaat sepenuhnya dari setiap produk yang awak pakai.
Contohnya jika anda ada serum dan juga krim, yang mana satu anda perlu pakai dahulu?
Jika tersalah pilih, akan menyebabkan pemakaiannya menjadi satu pembaziran.
Jadi topik harini, kami akan kongsikan turutan dan bila masa yang betul untuk anda memakai produk penjagaan kulit supaya anda mendapat manfaat yang sepenuhnya dari setiap pemakaian produk tersebut.
– Double cleansing
Double cleansing dalam bahasa mudah adalah dua kali cucian dimana anda menggunakan dua ejen untuk membersihkan kulit anda dengan menggunakan oil cleanser and pencuci muka biasa.
– Exfoliating
Tahukah anda bahawa kulit sebenarnya mengalami proses pembaharuan kulit setiap 28 hari.
Dimana kulit baru akan terhasil dan kulit lama akan menjadi kulit mati.
Secara normal, kulit itu akan tertanggal dari wajah kita tapi ada juga lebihan yang akan melekat pada wajah kita dan cara untuk membuangnya adalah dengan penggunaan exfoliater.
Tak kisah jenis apa exfoliater pilihan hati anda tapi anda perlulah menggunakannya sekurang-kurangnya sekali seminggu tetapi sebaiknya dua atau tiga kali seminggu begantung juga kepada microbead ataupun manik skrub anda (jika anda memilih physical exfoliater sebagai skrub. Jika testurnya kasar, kurangkan penggunaannya.
– Toning
Toner mempunyai pelbagai kegunaan seperti membantu menstabilkan pH kulit wajah anda, mengecilkan pori-pori wajah serta memberi kesan pembersihan yang secukupnya daripada sisa-sisa pencuci muka.
Setiap jenis toner ditujukan kepada masalah kulit yang berbeza. Oleh itu, amatlah penting untuk anda mengenali masalah kulit yang anda hadapi dan cari toner yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
– Moisturizing
Konsep yang mudah untuk anda ketahui dan fahami ialah dalam meletakkan pelembap kulit pada wajah, anda mestilah bermula dengan menggunakan produk pelembap yang mempunyai kepekatan yang tinggi atau dari cecair kepada pelembap berasaskan minyak.
Ini kerana kulit wajah kita boleh diibaratkan seperti sponge yang akan menyerap air terlebih dahulu diikuti dengan cecair lain.
Oleh itu, tak salah untuk anda memakai pelbagai jenis produk pelembap dalam satu masa tetapi pastikan cara pemakaiannya betul mengikut kepekatan masing-masing supaya anda mendapat manfaat daripada pemakaian mereka.
– Sunscreen
Langkah terakhir adalah langkah yang paling penting dalam rutin penjagaan kulit anda. Tanpanya semua langkah anda tiada gunanya.
Sunscreen amat penting dalam rutin penjagaan kulit anda kerana ia bertindak untuk melindungi lapisan kulit anda daripada terdedah kepada sinaran matahari yang amat berbahaya.
Sinaran UV sebenarnya akan merosakkan semua lapisan yang anda bina sebentar tadi pada kulit. Jadi, kena jaga betul-betul okay?