Semudah ABC, Resepi Mudah Chicken Tortila Wrap Yang Padu Dengan Isi

Kalau restoran fastfood jual tortilla wrap mesti isi dia korang tak puas makan kan. Ciput sangat, baik sayur atau lauknya. Tapi harganya boleh tahan mahal bukan main.

Tortila ni orang suka makan sebab dalam tu semua ada. Sekali ngap dah boleh kenyang. Sesuai juga untuk yang nak diet tak makan nasi.

Nak buat dia tak susah pun. Ini resepi mudah yang dikongsikan oleh Puan Fatien Zaini yang mana bahan-bahannya semua boleh dapat dekat pasaraya atau kedai runcit biasa.

Bahan-bahan:

  • Roti tortilla (mission wrap)
  • Isi ayam (dada) (potong kecik)
  • Salad
  • Tomato
  • Carrot (hiris halus-halus)
  • Timun (hiris halus-halus)
  • Kubis
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Sos thousand island
  • Telur
Kredit: FB Fatien Zaini

Cara penyediaan:

  1. Roti mission Wrap dibakar menggunakan frying pan
  2. Isi ayam di gaul dengan garam, celupkan dalam telur serta tepung goreng cap bestari dan di goreng.
  3. Letakkan tortila serta bahan-bahan tadi ayam, salad, lobak, timun, sos cili,mayonis dan sos thousand island, then gulung.
Kredit: FB Fatien Zaini

Hasilnya nanti akan jadi macam ni:

Kredit: FB Fatien Zaini

Mudah kan? Dahlah penuh dengan isi, nak makan banyak-banyak pun boleh sebab makan sendiri dan jimat kos. Sesuai untuk yang ramai anak-anak kecil.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Fatien Zaini 

Kredit gambar utama: FB Fatien Zaini