Mungkin sendu duduk kat rumah sorang… Cik Ju faham, sebab kalau dah kahwin ni ada la jugak peneman duduk kat rumah kan…
Itu yang turut dirasai sepasang pengantin di Chile apabila mereka tetap meneruskan majlis perkahwinan, namun mengekalkan jarak sosial.
Menerusi ABC News, pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan mereka di sebuah tasik dipercayai dihadiri sanak saudara.
Bagaimanapun, sanak saudara hanya berada di dalam kereta masing-masing dan menyaksikan majlis itu dari jauh.
Sebaik upacara majlis perkahwinan selesai dan mereka disahkan suami isteri dan sebagai tanda sokongan sanak saudara membunyikan hon kereta meraikan pasangan berkenaan.
Malah sorakan juga kedengaran menerusi rakaman video berdurasi 58 saat yang ditonton 17,700 tontonan daripada netizen setelah tular di laman sosial.
uols mungkin berminat baca
Kek ‘tisu tandas’ pula menjadi perhatian penduduk Finland
Lelaki ini sanggup tinggal atas pokok elak covid-19