Yang ada migrain je boleh relate macam mana sakitnya rasa bila terkena tu. Sampai kadang tu terasa nak pecah kepala pun ada menanggung kesakitan. Ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya migrain. 

Dan korang percaya tak kalau salah satunya adalah disebabkan oleh preskripsi cermin mata atau kanta yang salah? Kita mungkin anggap migrain ni selalunya disebabkan gaya hidup dan boleh gunakan paracetamol sebagai penawar. 

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, dan Novartis Corporation mendapati bahawa dianggarkan seramai 3.6 juta orang di Malaysia menghidap migrain. 

Mata memainkan peranan penting dalam banyak aspek kehidupan, jadi pentingnya untuk kita jaga kesihatan mata dengan baik. 

Menurut pakar optometris utama Malaysia MOG Eyewear, Suyidatina Sulaiman, pemeriksaan mata perlu dilakukan sekurangnya setahun sekali supaya cermin mata yang digunakan sesuai dengan keperluan diri. 

Antara makanan yang boleh diamalkan untuk kesihatan mata ialah makanan yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin E, Anthocyanin, Omega-3, Lutein/Zeaxanthin dan Vitamin C.

Apa pun jangan risau, korang boleh terus berjumpa dengan pakar penjagaan mata yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat rundingan. Rajin-rajin check mata ya!