Kenal pasti keperluan dan kehendak supaya senarai beli belah anda dapat dikurangkan
Bila dapat gaji mesti nak beli barang dapur untuk kegunaan seisi rumah. Masalah paling biasa ialah OVER BUY! Mesti ada je barang yang tak digunakan atau rosak bila terlalu lama disimpan. Ini kes normal, terutamanya barang basah macam sayur-sayuran.
Meh akak share cara nak jimatkan belanja dapur. Setidak-tidaknya duit lebih tu boleh lah masuk tabung.
Buat bajet bulanan
Sedangkan negara pun kalau nak berbelanja ikut bajet yang ditetapkan apatah lagi isi rumah. Perlulah ada bajet juga. Buat kira-kira pendapatan dan perbelanjaan setiap hari dan setiap bulan. Catatkan ke mana setiap sen duit korang pergi dalam satu buku khas. Jangan malas tau! Ini cara paling baik untuk elak dari beli barang yang tak perlu atau terbeli sekali lagi sedangkkan stok masih ada kat pantry.
Disiplin
Bila dah ada bajet, WAJIB ikut! Kalau boleh jangan amalkan perangai mintak bajet tambahan dari suami. Tak aci okay.
Buat shopping list
Gais…yang ini sangat penting. Sebelum buat list check dulu apa yang takde then masukkan dalam list. Lepas tu semak balik senarai yang korang dah buat dan pastikan semua yang ada dalam tu adalah keperluan. Potong mana yang tidak berkenaan. Contoh paling senang: beli je pembersih serba guna dan bukan 3 pembersih berbeza untuk dapur, peti ais dan table top. Faham?
AMARAN! Jangan pergi shopping masa lapar
Aduhai dik, yang ni cuba elakkan yer. Bila lapar, kecekapan otak berada dalam tahap low dan waktu ni NAFSU akan kawal korang. Abis semua nak borong nanti, terutamanya bila sampai tempat coklat atau makanan ringan, 1 memang murah dik, tapi kalau dah 10 bungkus korang masukkan dalam troli, korang kira lah sendiri. Jangan ikut nafsu yer, terlebih bajet nanti.
Periksa barang mengikut harga
Ini basic rasanya. Supermarket akan letak barang yang harga mahal sikit atas rak yang separas dengan mata. Check dulu rak bawah atau atas…mana tau ada jenama berbeza yang harganya lebih murah. Jangan main cekup jer dik.
Beli borong
Kat Malaysia ni memang selalu ada sale. Cuba rancang perbelanjaan ikut musim ni. Bila ada masa murah, beli lebih sikit. Boleh buat stock dua tiga bulan. Terutama sekali barang penjagaan diri macam syampu dan sabun badan. Barang-barang basah macam daging atau makanan laut pulak korang boleh bekukan.
Tanam sendiri
Barangan dapur yang biasa terbuang pasal rosak adalah sayur dan herba segar macam daun bawang atau daun sup. Apa kata tanam sendiri? Tumbuhan macam ni tak perlukan ruang yang besar atau penjagaan yang teliti. Gunakan pasu kecil atau recycle tin susu untuk mulakan taman herba korang sendiri.
Membership card untuk pasaraya
Biasa kalau pergi pasaraya macam AEON atau Tesco, masa nak bayar cashier mesti tanya ada kad atau tak. Ini tips paling win! Biarlah kembung wallet korang dek kerana banyaknya kad keahlian pasaraya. Kad ni sebenarnya ada banyak kelebihan terutamanya bila ada Members’ Sale atau potongan istimewa untuk ahli sahaja. Korang pun boleh kumpul point untuk tebus mata ganjaran dengan kupon diskaun. Jimat dik…jimat.