Siapa kat sini yang suka shopping online? Kita geng uols! Terutama masa tengah sale kaw kaw ataupun masa kita tengah stress haha Biasa perempuan bila dalam keadaan yang tertekan sikit, apa lagi, kenalah shopping! Orang kata terapi untuk diri sendiri walaupun lepas tu kita menyesal.
Jadi hari ni sis nak kongsi tips untuk kita semua shopping online secara berhemah (konon jelah) tapi boleh cuba okay?
Sis suka shopping online sebab harga dia lebih murah berbanding beli di kedai mereka. Dalam masa yang sama, kita sebagai pengguna harus waspada dengan penipuan yang sedang berleluasa di jualan online ini.
Pilih platform atau laman sesawang yang mempunyai keselamatan yang tinggi.
- Pelbagai tempat shopping online yang boleh kita tengok sekarang seperti Shopee, Lazada, Zalora dan banyak lagi. Sistem yang baik dapat memberi pengurusan wang yang lebih baik, selain mengelakkan isu penipuan berlaku. Contoh di Malaysia, Lazada dan Shopee sedia menyediakan program jaminan mereka tersendiri untuk mengelakkan kes penipuan berlaku. Program ini menjanjikan barangan yang dibeli pasti akan diterima oleh pengguna atau sekiranya tidak, wang pastinya akan dikembalikan semula.
Bandingkan harga.
- Sebelum membeli sesuatu barangan, jangan lupa untuk membuat perbandingan harga dulu untuk dapatkan sebarang penjimatan walaupun beza harga hanya kurang daripada RM1. Anda boleh menilai dari segi kos penghantaran dan tawaran yang diberikan.
Lihat penilaian (review) kedai
- Sis selalu buat yang ini! Tengok review kedai atau review pada barangan yang ingin dibeli. Sebab dari review tersebut, kita dapat baca komen yang dikeluarkan oleh pengguna lain untuk menilai masa penghantaran dan kualiti bungkusan barang.
Periksa polisi kedai seperti jaminan atau polisi ‘return/refund’
- Pastikan anda membaca polisi yang ditentukan oleh penjual atau kedai tersebut. Pastikan anda juga mengetahui tempoh dan jenis jaminan yang ditawarkan terutama melibatkan barangan jenis elektronik. Anda juga boleh bertanya kepada penjual tentang polisi pemulangan barang atau wang semula sekiranya barangan tersebut tiak memenuhi spesifikasi barangan yang anda ingin beli.
Gunakan kod, kupon atau baucar untuk kurangkan harga.
- Sebelum teruskan pembayaran, anda boleh dapatkan kod yang selalunya diberikan melalui saluran media social seperti email anda. Dengan kod ini anda boleh mengurangkan harga akhir bagi barangan yang anda ingin beli.
Gunakan shopback untuk ganjaran tunai.
- Sekiranya anda gemar membeli barangan online, anda juga boleh mendapatkan ganjaran tunai dengan mendaftarkan diri anda pada website tertentu. Ganjaran tunai ini diberikan berdasarkan peratusan daripada harga barangan tersebut, jadi barangan yang lebih mahal akan berpeluang untuk menerima ganjaran yang lebih banyak.