Sahur dengan nasi boleh jadi lebih lapar ketika puasa?

Makanan untuk sahur ni penting supaya ia dapat membekalkan tenaga ketika berpuasa sepanjang hari. 

Tapi ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, antaranya: 

1.   Garam

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam atau masin boleh meningkatkan rasa dahaga sepanjang tempoh berpuasa.

Lebih bahaya, makanan yang masin ini boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung.

Bukan itu sahaja, makanan dengan kandungan garam yang banyak boleh merangsang rasa haus.

Jadi elakkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk atau makanan dalam tin ketika waktu bersahur.

2.   Nasi

Nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia pilihan ramai untuk mengalas perut ketika sahur. Namun sebaiknya elakkan pengambilan nasi pada waktu sahur atau paling tidak hadkan saiz hidangan nasi anda.

Ini kerana nasi mudah dicerna dan boleh menyebabkan uols lebih cepat kehabisan tenaga. Keadaan tersebut pastinya akan membuatkan kita semua berasa cepat lapar.

3.   Makanan pedas

Seperti nasi, makanan pedas boleh dikatakan antara lauk popular dan kegemaran ramai. Tetapi pengambilannya secara berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut.

Uols akan terdedah dengan risiko untuk mengalami keadaan seperti pedih perut atau cirit-birit, sekali gus menyebabkan dehidrasi.

Makanan yang pedas juga boleh membuatkan kita lebih cepat haus.

Sebaiknya elakkan makanan pedas ketika bersahur dan ambillah dalam kuantiti yang sedikit ketika berbuka.

4.   Minuman berkafein

Minuman berkafein seperti kopi boleh dianggap sebagai 1 minuman wajib ada bagi penggemarnya.

Namun begitu, minuman berkafein dikatakan bersifat diuretik dan akan dicerna dengan lebih cepat.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan uols lebih cepat kehilangan cecair dalam badan kerana kerap kencing.

Sekiranya bekalan air dalam badan berkurangan, pasti ia boleh mengakibatkan dehidrasi dan cepat keletihan.

Jadi sebaiknya hadkan pengambilan sebarang minuman berkafein pada waktu bersahur kepada secawan sahaja, okay?

5.   Makanan dan minuman manis

Makanan mahupun minuman yang tinggi kandungan gula akan membekalkan kalori yang tinggi, tetapi ia tidak bertahan lama.

Kebanyakan gula dalam makanan dan minuman adalah dari jenis gula ringkas, iaitu ia cepat menghasilkan tenaga dan mudah habis.

Ini bermakna uols sukar untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

6.   Makanan tinggi kandungan lemak

Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng atau makanan segera boleh mengganggu dan melambatkan proses pengosongan perut.

Eh, baguslah kalau lambat kosong, lambat lapar. Tetapi benarkah ia bagus?

Sudah tentulah tak! Ini kerana ia boleh menyebabkan wujudnya simptom sembelit.

Di samping itu, makanan yang mengandungi lemak ini boleh mengakibatkan cirit-birit kesan daripada sistem pencernaan yang terlalu cepat.

7.   Tidak bersahur

Jangan terkejut, sememangnya ada kelompok individu yang tidak gemar bersahur.

Antara alasan paling biasa adalah kerana malas bangun pada waktu bersahur.

Tetapi malangnya tabiat seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana membiarkan perut kosong untuk tempoh lebih 12 jam.

Lebih teruk lagi apabila rasa lapar disebabkan tidak bersahur akan membuatkan uols mengambil hidangan makanan secara berlebihan ketika waktu berbuka.

Sumber : Hellodoktor.com

Anda mungkin berminat baca:
Roti Gardenia pun boleh jadi pizza
Ingatkan susah… senang rupanya buat puding pisang kastard ni!