Ruang kecil bukan alasan untuk biarkan almari pakaian anda bersepah
Sebagai seorang wanita, anda mesti mempunyai banyak koleksi baju dan hijab yang berwarna-warni. Bila koleksi makin bertambah, masalah terbesar yang dihadapi adalah bagaimana untuk menyimpannya supaya tak bersepah satu bilik. Lipat, gantung, sampai penuh satu almari. Kadangkala susah nak jumpa baju yang anda nak pakai.
Menyusunatur pakaian bila almari atau ruang simpanan terhad boleh jadi satu cabaran yang memeningkan kepala. Tapi dengan cara dan alatan yang betul, semua boleh jadi mudah.
Sinaran Wanita ingin berkongsi cara penyelesaian terbaik untuk menyimpan semua koleksi pakaian dan hijab supaya almari sentiasa nampak kemas dan teratur.
Clothing Organiser
Organiser ni membolehkan anda menggunakan lebih banyak hanger. Tak perlu lagi melipat! Mana nak cari? Shopee dan Lazada ada banyak, murah pulak tu. Lepas ni boleh la aturkan OOTD mengikut hari dan gantungkan saja. Tak perlu lagi geledah satu almari untuk mencari satu baju. Kelebihan organiser ni bila anda ada banyak baju tebal atau jaket. Kalau lipat alamat membukit la dalam almari. Cara ni dapat jimat ruang!
S Shape Multi-Purpose Hangers
Hanger ni biasa digunakan untuk seluar, tapi boleh juga digunakan untuk gantung koleksi tudung bawal dan shawl yang dah macam kedai tudung tu. Seluar dan tudung boleh disusun mengikut warna atau hari supaya mudah dicapai. Kelebihan pakai S-hanger? Seluar dan tudung yang dah iron kurang berkedut gais. Lagi senang dan teratur. Lepas ni tak lah gaduh nak cari shawl tak jumpa.
Multi Pocket Hanging Organizer
Selalu tak jumpa inner atau handsocks? Ha, organizer multi poket ni adalah jawapan pada masalah anda. Kedai DIY banyak jual benda ni. Kalau tak boleh je cari online. Ia memudahkan kerja untuk menyimpan sesuatu yang bersaiz kecil macam anak tudung dan stoking. Jadi tak perlu lagi campak anak tudung tu dalam laci dengan pakaian dalam. Gantung dalam almari supaya mudah nak cari item yang anda mahukan.
Banyak lagi cara lain untuk buat almari tampak kemas dan tersusun tanpa perlu mengorbankan bilangan pakaian yang anda miliki. Apa yang penting adalah cari alat yang sesuai supaya dapat memudahkan kerja anda mengemas. Sekarang anda dah tahu caranya, bolehlah shopping baju lagi!