Kenapa nak tunggu bantuan kalau tahu tukar tayar sendiri. Jimat masa dan wang!
Setiap wanita sekarang wajib untuk tahu cara tukar tayar! Dah tak boleh nak bergantung harap pada pasangan anda. Kita kenalah belajar untuk menjadi independent woman ye uols. Bukan setiap masa pasangan atau orang lelaki bersama anda kan? Bila jadi kes tayar pancit ni, takdelah kita terkejut pastu panik giler kat tepi jalan tetiba otak tak berfungsi haha
Bila tayar pancit, drive perlahan-lahan ke bahu jalan. Cuba cari tempat yang tidak sunyi ataupun tempat terang yang orang lain boleh nampak keadaan anda. Bahaya jika anda duduk melepak kat bahu jalan, jadi kena letak menatang segi tiga merah reflect cahaya tu sejauh 50 meter dari belakang kerata anda. Berhati-hati ya!
Jom kita mula :
Langkah pertama, Bila tayar anda pancit, jangan panik atau gelabah. Tenangkan diri! Tarik nafas dan hembus.
Langkah kedua, ambil keperluan seperti Jack di belakang bonet anda. Kemudian loose the screw pada tayar (guna Wheel Brace) dan masukkan Jack bawah kereta berdekatan dengan tayar. Kemudian pusing batang Jack tadi mengikut clockwise supaya kereta naik. Kena estimate ketinggian untuk masukkan tayar yang baru.
Langkah ketiga, buka semua skru dan keluarkan tayar. Ambil tayar spare dan pasang. Sebaiknya dipasang oleh lelaki kerana tayar ini berat untuk diangkat!
Langkah keempat, untuk memasang tayar spare ini anda perlukan pertolongan orang lain. Sebab nak kena balance tayar dan pada masa nak ketatkan skru pada tayar. Gigih kalau sensorang! Mahu berkicap ketiak uiii
Langkah terakhir, pastikan skru tadi diketatkan betul-betul. Kemudian cabut semula Jack dan simpan peralatan lain di belakang bonet semula. Bila dah selesai, cari kedai tayar berdekatan untuk beli tayar baru atau tampal tayar.