Pose mudah ni korang boleh buat sendiri je kat rumah.

Zaman sekarang banyak senaman yang boleh kita ikuti. Cumanya kita rajin dengan tidak sahaja haha Salah satu senaman yang mudah dan boleh buat di rumah ialah yoga. Senaman ini dibuat sebagai teknik untuk menguasai badan dan minda. Yoga juga popular dijadikan senaman alternatif berbanding senaman lain. Antara kelebihan senaman yoga ini adalah : 

  1. Memperbaiki postur badan
  2. Membantu menyelaraskan pernafasan dan tekanan darah
  3. Membantu dalam mengurangkan berat badan dan mengembalikan keyakinan
  4. Mengurangkan stress dan memperbaiki mood 

Pose beginners yang wajib korang cuba

Langkah-langkah dekat bawah ni akan bantu korang yang baru saja bergelar yogini. Yogini ialah seorang pengamal yoga perempuan. Jom kita start!

  • Child’s pose
  1. Mula dengan melutut di atas lantai. Rapatkan ibu jari kaki bersama dan duduk diatas tumit korang. Kemudian pastikan lutut selari dengan posisi  bahu.
  2. Hembuskan nafas dan rapatkan torso korang pada peha. Lunjurkan badan dan regangkan kepala korang sambil rehatkan tangan dihadapan lutut.
  3. Rendahkan posisi badan korang dan luruskan kedua belah tangan. Letakkan telapak tangan diatas lantai sambil melepaskan beban pada bahu sebelum kembali kepada posisi asal. 
  4. Ulang langkah 1 hingga 3. 
  • Mountain pose
  1. Berdiri tegak dan buka kaki selari dengan posisi bahu.
  2. Pastikan beban badan korang diletakkan ke atas bahagian tapak kaki dan disokong tumit dan jari kaki
  3. Selaraskan posisi kepala dan badan korang, jangan terlalu kedepan atau kebelakang.
  4. Rehatkan kedua belah tangan dan regangkan bahu. Jangan terlalu rigid, rahang dan wajah korang patut relax dalam posisi ni.
  5. Bernafas secara berkala dan ulang langkah 1 hingga 4.
  • Tree pose 
  1. Mulakan senaman kali ni dengan Mountain Pose dan shift beban badan korang pada kaki kiri.
  2. Angkat kaki kiri secara perlahan-lahan. Posisikan tapak kaki korang selari dan bersebelahan betis. Gunakan tangan korang untuk seimbangkan badan.
  3. Pastikan tulang belakang dan leher anda sejajar dalam keadaaan lurus. Korang kena bertahan dalam pose ini untuk seketika.
  4. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan kaki kanan pula.
  • Wind Releasing Pose (Pawanmuktasana)
  1. Baring diatas lantai dan rapatkan kaki korang. Luruskan tangan ditepi badan.
  2. Sambil tarik nafas dan hembus secara berkala, bawa kedua-dua belah lutut rapat ke badan. Peluk kaki korang dan secara perlahan-lahan tekan peha korang kearah abdomen.
  3. Angkat bahagian kepala dan dada korang dari lantai sehingga dagu dan lutut korang bertemu. Bertahan dalam posisi ni untuk seketika dan teruskan bernafas secara berkala.
  4. Sambil menghembus nafas, relakskan badan dan kembali ke posisi asal. 
  5. Ulang langkah 1 hingga 4.
  • Prayer Pose
  1. Berdiri tegak dengan kaki yang rapat
  2. Lipat kedua belah tangan dan satukan telapak tangan korang
  3. Relakskan bahu dan siku sambil menutup mata
  4. Fokus dengan penafasan korang
  5. Ulang langkah 1 hingga 4

Dengan 5 pose ni korang boleh praktis dan rancang rutin yang mudah untuk amalan harian atau mingguan. Namaste! Selamat mencuba.