Inilah masanya untuk bersosial dan merapatkan silaturrahim. No kera sumbang please…

C:\Users\Lenovo\Downloads\jiranzzz.png

Selain ahli keluarga dan rakan-rakan, jiran juga memainkan peranan besar dalam hidup kita. Jiran tetangga yang memahami dan prihatin pasti akan memberi kesan positif pada kita apabila berada dirumah. Lagipun, orang yang berada disekeliling kita yang akan membantu jika terjadi apa-apa pada kita atau semasa kita tak berada di rumah sebab tu relationship bersama jiran harus dijaga. Ini 10 tips yang korang patut amalkan untuk jaga hubungan bersama mereka.

Sentiasa bertegur apabila berselisih/bertemu

Layan jiran korang macam keluarga atau rakan-rakan rapat korang. Di awal perkenalan mestilah awkward tapi apa salahnya menegur mereka sekali-sekala? Mesti mereka rasa lebih mesra dengan korang lepas ni.

Berikan bantuan atau pertolongan bila perlu

Ambil tahu tentang jiran kita , beri bantuan atau sokongan disaat mereka berada dalam keadaan memerlukan. Especially bila berkait dengan keselamatan atau kecemasan. Perkara yang dianggap kecil seperti memenangkan mereka saat diuji pun cukup besar impaknya. Bila kita ambil berat tentang orang, pasti orang lain pun tak rasa keberatan nak menolong kita di kemudian hari.

Tuturkan kata-kata yang baik dan hormati mereka

Tiada sesiapa pun yang suka berhadapan dengan orang yang rude. Jadi, bercakaplah dengan berhemah dan sentiasa memberikan kata-kata positif seperti ucapan tahniah ataupun pujian. Walaupun tidak sependapat, hormati mereka dan amalkan sikap toleransi. 

Jangan pandang rendah atau saling membandingkan

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri so jangan pandang rendah dan selalu membandingkan apa-apa aspek kehidupan dengan jiran korang. “Anak saya dapat no.1 dalam kelas? Anak awak dapat berapa je?”, soalan macam ni antara soalan yang korang tak patut ajukan pada jiran! 

Hapuskan sikap kepochi 

Cara terbaik untuk maintain hubungan baik dengan jiran adalah dengan menghormati privasi mereka. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya. Tiada kebaikan yang datang daripada sifat busy body dan kuat bergossip. 

Jaga aib mereka 

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Sebagai orang yang terdekat dan dipercayai, adalah menjadi tanggunjawab kita untuk menjaga aib jiran tetangga. Jaga aib mereka seperti kita jaga aib sendiri. Jauhi budaya kutuk-mengutuk atau saling menfitnah supaya hubungan korang kekal harmoni.

Melawat mereka bila perlu/berkesempatan

Apabila jiran tetangga kita jatuh sakit atau mengalami kesusahan, datanglah melawat mereka agar mereka rasa lebih baik dan tahu ada yang masih kisah tentang mereka. Selain itu, jika dijemput untuk majlis atau jamuan hadirkan diri dengan senyuman. Inilah masanya untuk bersosial dan merapatkan silaturrahim.

Hadiahkan mereka buah tangan

Sekali-sekala berikan buah tangan atau hadiah pada jiran korang. Tak kisahlah nak berikan banyak atau sedikit, pasti mereka akan hargainya dan menerima dengan tangan terbuka. Kalau balik melancong, jangan lupa belikan ole-ole untuk mereka juga!

Ajak mereka datang ke rumah

Susah berkenalan atau berjumpa dengan jiran? Korang buatlah majlis atau jamuan untuk jiran tetangga masa perayaan istimewa atau bila ada kesempatan. Jangan segan, mesti mereka pun nak berkenalan ataupun berjumpa tapi tak ada peluang.

Sentiasa bertimbang rasa

Walaupun cliché, ini antara perkara yang ramai ambil ringan. Common sense amat penting bila hidup di dalam satu komuniti. Layan jiran tetangga kita sama seperti cara kita ingin dilayan. Perkara simple seperti jangan bakar sampah di kawasan perumahan dan memasang lagu dengan kuat pada waktu malam sepatutnya di elakkan.