Hijab style yang digayakan oleh Mira Filzah dalam drama bersiri Sweet Dreams sangat mudah namun kemas

Style pemakaian tudung bawal Mira Filzah dalam drama terbaru Sweet Dreams telah menarik perhatian ramai akhir-akhir nie. Percaya tak yang style unik nie sebenarnya mudah digayakan? Jom ikut tutorial nie, mesti korang akan tampil menawan bak Puteri!

Material yang korang perlukan:

  • Tudung bawal ataupun square scarf. Kalau pakai satin lagi bagus sebab nampak flowy!
  • Inner ‘ninja’. Nak pakai turtleneck dengan inner biasa pun boleh.
  • 2 jarum peniti
  • 1 pin biasa
  • Cincin tudung bawal atau getah rambut 

Langkah-langkah:

  1. Pakai inner korang dan kemaskan. Lipatkan square scarf atau tudung bawal jadi segi tiga macam biasa dan pastikan kedua-dua belah sama panjang.
  1. Gunakan jarum peniti untuk kemaskan tudung disebelah kiri dan kanan.                
  2. Ada beberapa gaya yang korang boleh cuba dari sini:

Gaya 1

  • Kumpulkan ketiga-tiga lebihan kain tudung (kiri, kanan dan belakang). 
  • Kemudian, kemaskan menggunakan cincin bawal ataupun ikatkan dengan getah rambut.
  •  Korang boleh decide nak bawa lebihan tu ke sebelah kiri atau kanan untuk dapatkan signature look Puteri dalam drama Sweet Dreams.
C:\Users\Lenovo\Downloads\MIRA.jpg

Gaya 2

  • Bawa lebihan kain tudung disebelah kiri ke kanan. Tinggalkan lebihan segi tiga dibelakang. 
  • Lilitkan lebihan kain tudung belah kiri kepada belah kanan. Kemaskan lebihan kain tudung belah kanan dan lipat kedalam sebelum dipinkan.

Gaya 3

  • Untuk gaya ketiga, korang boleh lilitkan 2 kali sebelum simpulkan kedua-dua lebihan tudung (kiri dan kanan)
  • Sematkan simpulan kasih korang dengan pin untuk dapatkan look dalam gambar nie. Kemaskan untuk menonjolkan corak tudung. Selamat mencuba!