Related image

Kesibukan kerja ditambah dengan hiruk-pikuk kesesakan jalan raya sering membuat tubuh keletihan. Apatah lagi memegang status ibu bekerjaya, tidak mustahil berdepan stres hingga menjejaskan kesihatan. Keadaan stres ini akan membuatkan tubuh semakin tegang dan ini perlu dimanjakan dengan rawatan spa. 

frustrated couples therapy GIF

Rawatan spa antara pilihan sesuai untuk membuat tubuh relaks dan pada masa sama menghaluskan kulit kerana manfaatnya dapat menghilangkan keletihan dengan menggunakan rempah. Tetapi, kalau nak pergi spa selalu pun memerlukan kos yang tinggi. Apa kata anda cuba menghasilkan skrub badan secara DIY.

Image result for body scrub women

Berasal dari Bali, Indonesia, rawatan skrub atau lulur boreh ini adalah resipi penyembuhan badan sejak berabad lamanya menggunakan herba dan rempah ratus eksotik yang secara tradisinya digunakan sebagai ‘kebangkitan tubuh.’

  1. Skrub Kunyit
Image result for turmeric scrub'

Rendam beras pulut (terpulang nak banyak mana) semalaman (tumbuk dengan halus bersama ibu kunyit/serbuk kunyit). Ia mengandungi bahan anti-septic dan merawat kulit semujadi. Gaul dengan madu, minyak kelapa dan sedikit garam bukit. Bahan ini adalah semula jadi boleh digunakan untuk buang radikal bebas dan toksin pada kulit. Skrub badan macam ni buat sebulan 3 kali. Lepas mandi terus sapu losyen badan atau minyak shea butter. Amalkan cara ni tengok lepas 6 bulan. Mengancam kulit. Tapi jangan gosok pada muka sebab ia kasar.

  1. Skrub Kopi
Image result for coffee scrub

Campurkan ½ cawan serbuk kopi dengan ½ cawan gula dan gaul sehingga sebati. Masukkan 1 cawan minyak kelapa ke dalam campuran kopi dan gula tadi. Gunakan tangan untuk melenyek rata ketiga-tiga campuran agar minyak kelapa boleh cair mengikut suhu badan kita. Letak dalam balang kaca dan sedia untuk digunakan.

Tekstur kopi yang kasar berfungsi sebagai lulur yang sangat berkesan untuk menanggalkan sisa- sisa kulit mati pada tubuh. Ia akan membantu menyamarkan noda hitam serta warna kulit tidak sekata pada tubuh anda. 

  1. Skrub Gula 
Image result for sugar scrub

Anda perlukan gula dan minyak sayuran. Bagaimana anda menggunakannya? Gunakan gula perang ataupun gula putih biasa, minyak kelapa ataupun minyak sayuran. Campurkan kedua-duanya dalam nisbah 2: 1 supaya bagi setiap sudu minyak anda menambah 2 sudu gula. Mudah, bukan? Boleh mula gosok di badan. Menariknya lagi ialah pengelupasan satu cara yang bagus untuk membuang kulit-kulit mati pada badan kita yang selalunya berlaku di belakang, punggung dan belakang lengan. Gunakan gula (lebih lembut daripada skrub garam) ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan.

  1. Skrub Madu Mentah
Image result for raw honey

Hanya perlukan madu mentah. Semua tahu kehebatan madu pada kecantikan dan kesihatan anggota tubuh badan. Hanya ambil sebahagian kecil madu, urut di bibir pecah-pecah anda, kulit kusam, lutut, siku kasar. Hasilnya sungguh berbaloi.

  1. Skrub Teh Hijau
Image result for green tea scrub diy

Untuk membuat skrub teh hijau, anda perlukan serbuk dua sudu kecil teh hijau, satu sudu kecil gula putih dan madu. Teh hijau dicampur dengan gula putih dan madu untuk dijadikan pes skrub. Jadi, lepas ini hanya perlu eksperimen di rumah sahaja untuk kulit lembut macam bayi. Selamat mencuba.

#SWSyantiq