Cik Gaya faham sgt, korang nak buat apa pun kena ada bajet, tapi tak semestinya dengan bajet yang ciput korang tak boleh buat apa-apa pun. Kan?
Macam seorang surirumah ni, dia gunakan modal RM2000 ni betul-betul untuk ubah suai rumah je, dia kata rumah ni tempat mengeratkan balik kasih sayang di antara mereka.
Rumah juga merupakan tempat anak-anak berlindung, dan juga tempat mereka bermain dan belajar, so of course lah kena kemas! Kan?
So jom kita tengok macam mana nak hias dengan modal kecil tapi hasil nya wow!
Wanita yang dikenali sebagai Mcyahh Joanjett telah berkongsi serba sedikit tentang cara beliau mengubah suai kediamannya kepada konsep mewah klasik dengan kreativiti serta bajet yang minimum.
Mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk anda yang dah pasang niat untuk ubah suai rumah, kan?
Sebelum itu, jom tengok dulu ruangan rumah wanita ini sebelum diberi sentuhan transformasi mewah klasik
Ruang TV sebelum.
Image via Mcyah Joanjeet/Facebook
Ruang makan sebelum.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Ruang tamu sebelum.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Bahas wanita ini, “Ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami yang selalu keluar lepak akan jarang keluar rumah, kasih sayang juga akan bertambah erat, dan anak-anak juga sudah tidak menyepahkan rumah.”
Selain itu, dia juga berkata bahawa sanak saudara yang datang juga rasa lebih selesa dengan ruang yang lebih besar dalam rumah mereka.
Katanya, “Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumah tangga. Sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kahwin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kami orang biasa, deko pun biasa, semampu boleh asalkan kemas dan menarik.”
Taraaaa! Fuuhh, memang cun habis selepas diubah suai!
Halaman rumah selepas diubah suai.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Bahagian pintu luar selepas.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Barangan rumah serba putih berseri. Nampak lebih kemas!
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Menurutnya, beliau memilih untuk membeli barangan rumah dengan kos yang minimum.
Untuk palang letak bunga, hanya RM25 yang dibeli dari IKEA manakala rak kasut pula hanya RM150 juga dari IKEA.
Harga itu adalah termasuk cas upah. Kalau beli sendiri lagi murah tetapi personal shopper akan ambil cas sekitar RM5 sehingga RM30 setiap barang.
Lihat bagaimana wanita ini menaikkan lagi ‘seri rumah’ dengan barangan yang serba putih!
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Cermin RM68 untuk 10 biji dari IKEA.
Cermin itu ditampal sendiri dengan menggunakan double tape sahaja.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Barangan yang digunakan semuanya dibeli pada harga murah kemudian dihias dengan kreativiti sendiri
Sofa bed yang boleh digunakan untuk tidur atau chill sambil tengok TV.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Sofa bed hitam yang dibeli adalah daripada perabot terpakai. Harga pula hanya RM150. Bantal kerusi RM12 setiap satu dan meja putih RM89 dibeli dari IKEA.
Bunga yang simple dijadikan hiasan.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Semua barangan yang digunakan adalah dari IKEA. Boleh rujuk harga di bawah:
- Bunga RM9.90
- Pasu RM7
- Palang putih RM25
Ruangan yang sama tampak lebih luas dan selesa untuk tetamu yang hadir. Macam ini barulah best untuk buat family-gathering!
Ruangan makan yang lebih selesa.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Tidak lupa juga, ruangan makan dengan dekorasi yang begitu simple dan rapi. Senang nak kemas!
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Semua barangan dari IKEA. Bermula dari meja makan yang berharga RM189, kerusi makan RM40 dan pelapik atas meja RM8 dari MR.DIY. Murah bukan?
Wallpaper yang digunakan memberi mood rustik dan klasik, sekelip mata menjadi sedap untuk dipandang
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Wallpaper empat roll dengan harga RM100 tapi untuk ruang TV ini hanya guna dua roll sahaja. Bermakna dia hanya menggunakan RM50 untuk ruangan TV ini. Ala-ala IKEA gitu!
Oh ya, harga palang letak Coke RM25 dan palang letak Astro decoder RM60 dari IKEA.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Lampu Spotlight itu hanya berharga RM35 boleh didapati di IKEA.
Tempat mendobi yang dahulunya memang serabut dan tidak tersusun dengan rapi, kini nampak lebih kemas dan teratur
Kecil tapi tersusun.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Menurutnya, tempat mendobi ini adalah salah satu perkara yang sukar untuk diubah suai. Namun, idea yang tercetus mendatangkan hasil yang begitu kreatif!
Harga bakul putih yang digunakan hanya RM15 dari IKEA serta rak besi putih RM100. Barangan ini adalah yang terpakai.
Memang puas hati bila tengok hasil hiasan rumah ini! Dengan hanya menggunakan RM2,000, wanita ini berjaya memberi rumahnya nafas baru. đ
Bunga lavendar yang diletak di luar rumah.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Lampu ikea di luar rumah.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook
Studio Lights.
Image via Mcyah Joanjett/Facebook